Saturday, June 01, 2013

Nurul Izzah dilarang masuk Sabah- Hanya Bung Moktar yang bersuara?

Nurul Izzah bersama Bapanya Yang Sedang Berlakon
Pada Khamis sekitar pukul 7.30 malam di Lapangan Terbang Tambang Murah KKIA, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dihalang pihak imigresen Sabah memasuki negeri itu mengikut Akta Imigresen 1959/63. “Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU 13,” Just Wait BN!" kata ahli parlimen Lembah Pantai itu dalam twitternya.

Sebelum ini pada April lalu, salah seorang lagi Naib Presiden PKR Tian Chua juga dilarang memasuki Sabah. Larangan terhadap Tian Chua ada kaitan dengan kenyataannya berhubung Pencerobohan Pengganas Sulu di Kg Tanduo Lahad Datu pada 12 Februari lalu.

Namun, larangan bagi Nurul Izzah, setakat ini belum diketahui berpunca dari faktor apa.

Jika kritikan daripada pihak pembangkang berkaitan dengan larangan terhadap Nurul Izzah memasuki Sabah, adalah lumrah, namun jika kritikan itu keluarnya daripada salah seorang MP BN, maka ianya sesuatu perkembangan baru dalam politik negara.

Komen Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah.

“Saya tak faham mengapa Nurul tak dibenarkan memasuki Sabah. Kalau ini benar, satu kesilapan dan malapetaka.

“Saya rasa ini adalah kesilapan yang besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung Mokhtar dalam twitternya.

Biasanya apabila ada tindakan kerajaan Sabah bagi apa sahaja, samada berkaitan dengan politik mahu perkara pemerintahan, orang pertama yang membela tindakan itu adalah mantan Ketua Menteri Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said. Namun, pada kali ini, untuk sementara belum terdengar apa-apa komen daripada Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu.

Apa kah yang berlaku sebenarnya? Apa kah Datuk Salleh akur dengan keputusan Kerajaan itu? atau kah sebaliknya? Jika beliau bersetuju dengan keputusan kerajaan Sabah, sudah tentu dari awal-awal lagi, beliau akan memberi komen berkaitan dengan komen Datuk Bung Moktar.

Untuk sementara belum ada pemimpin BN Sabah yang memberi komen menyokong tindakan menghalang kemasukan Nurul Izzah oleh pihak imigresen, dan demikian juga belum ada sesiapa yang membidas kenyataan Bung Moktar. 

Penulis menunggu reaksi para pemimpin BN Sabah.

No comments:

Blog Archive