Wednesday, May 15, 2013

Kabinet Najib: Untuk Pertama Kali Tiada wakil daripada Umno Selangor

Pembentukan kabinet Persekutuan pada kali ini bagi tempoh 2013-2018, untuk pertama kali, wakil  Umno daripada negeri terkaya Selangor, tidak dilantik.

Ayam tambatan negeri Selongar, Datuk Noh Omar, tidak dilantik semula pada barisan kabinet yang disifatkan Najib sebagai kabinet berimbang.

Nor Omar yang menganggotai kabinet pada musim lalu, digugurkan walaupun menang di Parlimen Tanjung Karang dengan majoriti yang meningkat.

Kekalahan teruk Umno/BN pada PRU-13 lalu di Selangor, merupakan mungkin salah satu faktor mengapa wakil daripada Umno dari negeri itu diketepikan dalam barisan kabinet pada musim ini.

Kabinet Najib pada kali ini, memperlihatkan bagaimana wakil-wakil daripada Sabah dan Sarawak dilantik ke jawatan-jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. 

Seramai 11 wakil rakyat daripada dua negeri itu dilantik sebagai Menteri Penuh, manakala seorang diawakili oleh seorang senator. 

1 comment:

Unknown said...

Sedih dan tidak faham dengan tindakan Najib tidak melantik seorang pun wakil rakyat dari Selangor ke Kabinet (Menteri). Najib adalah Pengerusi BN Selangor dan juga Pengarah Pilihanraya. Beliau mesti bertanggungjawab di atas prestasi buruk BN Selangor meskipun di seluruh negara, prestasi UMNO meningkat. Kalau di Kelantan dulu meskipun terus kalah berkali-kali, ada wakil yg dilantik sebagai Menteri, tetapi tidak bagi Selangor. Apakah alasan yg sama tidak boleh digunakan utk Selangor? Nampaknya Najib selama ini dia sendiri tidak pernah mencari pemimpin pelapis utk Selangor. Dia lepas tangan meskipun tahu masalah UMNO dan BN Selangor. Najib sangat tidak bertanggung jawab. Pasti Sultan Selangor akan sangat berdukacita. Penyokong BN Selangor akan ternanti-nanti siapakah gerangan bakal pemimpin mereka di Selangor .....pastinya bukan Najib. Najib membawa kekalahan BN Selangor. Tugas utk mengembalikan Selangor ke tangan BN telah menjadi makin sukar kerana ketololan Najib yg tidak menyediakan pemimpin dan pelapis Selangor. Malunya menjadi rakyat Selangor yg menyokong BN!!!!!

Blog Archive