Latest News

Sandakan Bergelap-Ada Operasi?

Foto Penceroboh di Kg Sri Jaya Simunul, 6 diantaranya maut. Ikhsan Rakan FB Ahmad Lakim. Mereka sempat mengambil gambar kenang-kenangan sebelum menyerang hendap pasukan Polis malam semalam.
BELUM ada pengesahan daripada mana-mana pihak, namun tersebar, Pasukan Keselamatan sedang mengejar kira-kira 50 penceroboh, yang dikesan di kawasan Sandakan.

Kawasan Sandakan dikhabarkan bergelap, seperti yang berlaku di Semporna semalam, di mana berlakunya serangan hendap terhadap sepasukan polis di Kg Sri Jaya, Pulau Simunul berhampiran Pekan Semporna.

Dalam kejadian serangan hendap itu enam anggota polis terkorban termasuk seorang pegawai daripada Pasukan Khas Bukit Aman- Ibrahim Lebar, 52.

Dalam operasi di Kg Sri Jaya, polis berjaya membunuh 5 penceroboh manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kg Senallang berhampiran Pekan Semporna.

Setakat ini lapan anggota pasukan keselamatan terkorban, termasuk dua anggota terkorban pada Jumaat di Kg Tanduo Lahad Datu.

Di Sabah kini, walaupun pihak pasukan keselamatan dan Kerajaan memberi tahu rakyat supaya bertenang dan keselamatan semua rakyat terjamin, namun khabar-khabar angin yang tersebar sebelum ini semuanya menjadi kenyataan.

Seperti kejadian pencerobohan Kg Tanduo, Kg Sri Jaya, semuanya pada awalnya didengar melalui khabar angin, namun kini semua menjadi kenyataan.

Tersebar kini, Kunak dan Sandakan sasaran berikutnya... mudah-mudahan tidak menjadi kenyataan.

0 Response to "Sandakan Bergelap-Ada Operasi?"

Blog Archive