Sunday, March 17, 2013

Raja Mistik Pengganas Sulu- Mati juga

Bomoh. Salah seorang yg berunding dengan pihak Polis
CUBAlah anda fikir, tua-tua beginipun (gambar) mahu ikut menceroboh. Secara fizikal dan kemampuan tempur, memang tiada, namun pengganas sulu yakin, bahawa orang tua ini mempunyai ilmu mistik yang tinggi, sehingga kononya boleh mengaburi pihak lawan.

Kematian bomoh ini, bukan kerana tembak-menembak, tetapi mati akibat terkena bom; pun demikian mayatnya masih utuh, dan ditemui berbungkus karpet.

Menurut ceritanya, kalau berdepan, bomoh ini mampu mengalih pandangan pihak musuh, sehingga dengan mudah, mereka boleh melarikan diri. Mungkin atas keupayaan bomoh ini, maka Agbimuddin berjaya lolos daripada kepungan.

Memang tidak masuk akal, andaian demikian. Tetapi yang pasti, pengetahuan luas pengganas terhadap muka bumi Sabah, terutama kawasan yang dikepung, adalah "advantage" kepada pengganas. 

Pasukan kita, ada yang pertama kali menginjak kaki di kawasan tempur. Dengan keluasan beratus hektar, seseorang yang tidak biasa akan sesat.

Nasib baiklah, pasukan keselamatan kita mempunyai kelebihan daripada segi jumlah, sehingga mampu membuat kepungan, jika tidak, adalah pasti, ramai lagi pengganas akan berjaya lolos. 

Panjang pantai, keadaan muka bumi yang berhutan, serta keluasannya, adalah mustahil mengepung secara keseluruhan, namun akibat keberanian dan strategi pasukan keselamatan, akhirnya pengganas bukan sahaja ramai yang mati dibunuh, malah ramai yang tertangkap, meskipun 35 daripadanya berjaya lolos termasuk Agbimuddin.

Demi fakta, mereka yang berjaya lolos, bukan bertolak daripada kawasan operasi, melainkan daripada Sandakan. Ini, bererti, mereka yang mahu meloloskan diri itu, sudah bertindak  melarikan diri sebelum operasi Daulat yang bermula pada 5 Mac.

Adalah dipercayai juga, Agbimuddin telah meloloskan diri pada malam sebelum operasi Daulat bermula, jika bukan, adalah tipis baginya meloloskan diri.

No comments:

Blog Archive