Latest News

Percerobohan Lahad Datu: Kerana Anwar Pertumpahan Darah Berlaku

Sultan Jamalul Kiram (baju hijau)
AYT pernah menulis sebelum ini, bahawa kejadian pencerobohan Lahad Datu oleh sekumpulan yang memanggil diri mereka sebagai pewaris Sultan Sulu memang didalangi orang tertentu daripada dalam negara.

Ada laporan sebelum ini bahawa kejadian itu didalangi oleh seseoarang yang bernama Ahmad Malandi atau dikenali Mat bom kerana kepakarannya membuat bom ikan daripada urea.

Fakta yang menyokong bahawa Ahmad Malandi, terlibat dengan perancangan pencerobohan ini, apabila dia kalah menuntut pemilikan tanah Felda Sahabat di mahkamah.

Pertempuran hari ini, berlaku di rumah Ahmad Malandi, dan menurut laporan, dia juga turut terkorban bersama 11 yang lain. 

Dalam kejadian tembak menembak pagi Jumaat, dua orang anggota komando 69 negara turut terkorban, dan tiga lagi tercedera, apabila kenderaan mereka terkena mortal yang dilepaskan oleh pihak penceroboh.

Pada Khamis bersamaan 14 Februari 2013, pihak polis ada membuat kenyataan bahawa kehadiran penceroboh itu di Kg Tanduo pada malam 12 Februari ada kaitan dengan suatu perjanjian yang perlu dimuktamadkan, selain itu mereka ingin berjumpa seseoarang personaliti pemimpin Pembangkang sebelum berundur.

Memang nyata bahawa pencerobohan itu didalangi rakyat negara ini, yakni Ahmad Malandi, kerana fakta menunjukkan, penceroboh tinggal di rumahnya selama hampir 23 hari. Namun persoalannya, siapa Personaliti pemimpin pembangkang yang ingin ditemui oleh penceroboh itu?.

Laporan daripada Manila, menyatakan bahawa wujudnya keterlibatan Anwar Ibrahim DISINI dalam kejadian pencerobohan itu? Kalaulah Ahmad Malandi tidak terkorban, mungkin boleh mengesahkan laporan ini.

Pencerobohan Lahad Datu, sebenarnya bukan bertujuan menuntut Sabah, sepertimana yang digembar gemburkan, sebenarnya kejadian itu bermotikkan wang. 

Keinginan menunut wang oleh Ahmad Malandi, diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk tujuan politik. Penyebabnya, demogarfi Sabah terutama Pantai Timur didiami oleh ramai suku bajau-suluk yang merupakan Bank Votes Barisan nasional.

Melihat kuatnya sokongan kaum itu kepada BN, maka perkiraan politik, sungguh sukar menembusinya secara politik, melainkan memainkan emosi.

Emosi akan mudah dibangkitkan kalau berlaku kematian. Kini tujuan dalang itu terkabul juga, walaupun selama hampir 23 hari pasukan keselamatan negara mengelak berlakunya pertumpahan darah.

Dalang itu mengirim pesanan, agar pihak penceeroboh perlu memulakan tembakan, kerana dalang itu tahu betul, pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada PGA, komnado 69, tentera dan marin, tidak akan melakukan serangan, kerana pasukan itu mengelak pertumpahan darah.

Sebaik sahaja operasi menamatkan pencerobohan di Kg Tanduo, pihak pembangkang mula membidas pasukan keselamatan, dengan menyatakan bahawa pertumpahan darah sebenarnya boleh dielaKkan dari awal-awal lagi. Namun sebelum ini, mereka juga mendesak agar pasukan keselamatan bertindak demi maruah negara. Salah satu twit pemimin pembangkang. Khalid Samad ‏@KhalidSamad Harap pihak berkenaan menjawab. 14 org terkorban sedangkan peristiwa ini boleh dielak dari awal. pic.twitter.com/sIz3G2ZAEH Anwar Ibrahim ‏@anwaribrahim Blog: [KENYATAAN MEDIA] Insiden Lahad Datu: Kenapa Kerajaan Ambil Mudah Isu Keselamatan Negara?: KENYATAAN... http://bit.ly/ZGBXEJ #fb. Manakala Tian Chua pula seorang pemimpin PKR menuduh UMNO sebagai biang kerok kepada kejadian ini, satu psikologi songsang yang cuba diputar belit pembangkang.

Satu Kemusikilan yang perlu dijawab

Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino.

2:“Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor viva.co.id semalam. Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.

3: Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I. Ismael tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan kepada orang lain. Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram I.

4: Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”. Ismael II juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan dan Sabah sejak waktu itu.“Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan,” kata Esmail.

5: Dengan menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.

6: Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II. “Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino.

7: Kerajaan Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960an.

Dan ini Media Filipina mendakwa Pengelibatan Anwar Ibrahim

Sabah politician allied with Anwar met Sulu Sultan before Lahad Datu standoff

MANILA: A Malaysian Opposition politician allied with Datuk Seri Anwar Ibrahim is believed to have met with the Sulu Sultan late last year and gave the Opposition’s support to the Kirams’ claim to Sabah, a Philippine intelligence source revealed.

In a special report by the Philippine Inquirer, the intelligence officer said that one member of the Malaysian political opposition allied with Anwar Ibrahim was running for a post in Sabah.

“Apparently, this politician was one of those who spoke with the Kirams. He supposedly gave the Opposition’s support to the Kirams’ claim to Sabah,” the source said.

The source also believed that in their meeting in November last year, the Kirams decided to “reclaim Sabah or at least ask for a compensation for Sabah that is commensurate to the land’s value today, and for the royal family to be given due recognition by Malaysia.”

According to the Philippine Inquirer, the intelligence sources consistently mentioned three groups that appear to have taken advantage of the decision of the Kirams to pursue their Sabah claim.

“These are groups that wanted to ride on the Kirams’ pursuit with their own interests in mind,” one of the sources said.

Another source added: “There are a lot who can gain from this, not just in the Philippines but in Malaysia as well.”

These “external factors,” as an Inquirer source described the groups, are one small faction that is in it for the money, an anti-Aquino administration group, and the Malaysian political Opposition.

“The Kirams planned to pursue their claim as early as last year. But they went to Lahad Datu also on the instigation of these groups,” the intelligence officer said.

The small group supposedly goaded the Kirams to ask Malaysia for a higher rent on Sabah. If Malaysia gives in, this small group would allegedly have a share of the increase.

The anti-administration group simply wants to discredit President Aquino and is using the peace process as a cause of disenchantment for the Kirams.

“All those who do not like P-Noy (the President’s nickname) have joined forces. This is one way to really test how this administration will react (to such an issue). Whatever happens in Malaysia, there will be a backlash on us,” one source said.

“In a way, whoever wants to disrupt the peace process or the gains of President Aquino has already won,” the source added.

The third group is allegedly the Malaysian political Opposition, which is gearing up for general elections that may be called before June.

Whether the heirs of the sultanate of Sulu acted on their own to reclaim Sabah or were instigated by an external force to do so, one thing is certain, according to government intelligence sources: It was a business that proved too big for the heirs to handle on their own, the Philippine Inquirer reported.

The sources said that the Philippine government’s policy on Sabah is to keep it in the back burner.

But apparently “some people” want to push it forward now. And why now, at this time, is one of the questions government intelligence is looking into.

It is being Tausug that is keeping Sultan Jamalul Kiram III, his family, and their subjects stubbornly pressing their renewed claim to Sabah, even to the extent of defying President Aquino, one of the Inquirer sources said.

“This is the last stand of Sultan Jamalul. Being Tausug, they already gave their word they would pursue their claim. This is now do or die for them just to keep their word of honour,” the source, a senior military officer, told the Inquirer.

The source said the Kirams decided to unite because they felt left out of the peace negotiations between the Aquino administration and the Moro Islamic Liberation Front, which signed a premilinary peace deal last October.

“The Kirams wanted to get the attention of the Philippine government,” the source said.

“For so many years, the family felt they have been exploited in politics. Sultan Jamalul was goaded to run for senator in 2010 but he lost. Then their letter to President Aquino (in 2010 before he assumed office) got lost,” the source said.

The source said the Kirams and their followers “conceived the details of the plan to go to Lahad Datu” in late January this year.

“In February, a small group of the Kirams’ followers left for Lahad Datu, followed by Raja Muda Agbimuddin,” the source said.

The estimated 70 firearms now in the hands of the group holed up in Tanduao are owned by residents in Lahad Datu, Tausug and Badjao holding Malaysian identification cards, the source said.

Malaysian security forces have encircled Agbimuddin’s group but are holding action, with the grace period for the group to leave having been extended three times and a fourth being requested by the Philippine government.

Malaysians careful

The Inquirer’s military source said the impasse continues because the Malaysians are extra careful in dealing with Agbimmudin’s group.

“They are all Muslims and they know that if there is violence, it would go on forever. There are 800,000 Filipinos in Sabah. It would be a huge problem in Sabah if violence erupts. The Malaysian security forces may end up dealing with guerrillas or a rido,” the source said, using a Muslim term for clan war. - SUMBER DISINI

Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;

9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

1 Response to "Percerobohan Lahad Datu: Kerana Anwar Pertumpahan Darah Berlaku"

MalaysianBanking said...

Fitnah semata2… tanpa bukti.. sedap mengolah cerita. Cerita yg direka baik punya… Semua org sedih dgn kematian, tak perlu buat dosa menjadi kafir menFITNAH orang. Apabila sudah tersepit xde sokongan..x brani buat praya, mcm2 boleh buat!
Nak tutup pendedahan Suruhanjaya DiRaja, kes beri IC kpd ratusan ribu org asing termasuk org filipina…
Sudah tersepit untuk kalah, sanggup korbankan pejuang negara demi kepentingan politik...sebagaimana sanggup letupkan seorang wanita...yg jadi mangsa dihukum gantung sampai mati..2 org pejuang negara juga...

Blog Archive