Friday, March 08, 2013

Ops Daulat: Wajar semua penceroboh diburu dan dibunuh

Mayat Mundo yang dijumpai dalam lubang besar di kg Tanduo
PELAKUAN terhadap anggota polis yang terkorban pada malam Sabtu 2 Mac di kg Sri Jaya Simunul, Semporna oleh pengganas Sulu, mewajarkan pasukan keselamatan negara memburu dan membunuh kesemua mereka.

Kekejaman penceroboh itu tidak boleh dimaafkan. Mereka menggunakan taktik kotor untuk membunuh pasukan keselamatan negara, di mana sebelumnya telah memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menyerah diri atau pulang secara sukarela tanpa tindakan kekerasan.

Sebaliknya mereka bertindak kejam dengan menyerang pasukan keselamatan dengan taktik kotor.

Tujuan mereka jelas, bukan sekadar menuntut yang bukan-bukan sebaliknya mahu mengganas dan menimbulkan hurahara dalam negara amnya dan khasnya di Sabah.

Cara seperti ini, memang sinonim dengan kaedah pihak-pihak tertentu dalam negara, yang gemar sangat menimbulkan huruhara.

Bagi mereka, jika huruhara berlaku, merupakan satu hiburan, kerana dapat mengorbankan nyawa. Atas sebab itu mereka sanggup melabelkan kematian anggota pasukan keselamatan sebagai mati katak, kerana mempertahankan lakonan.

Kini, selepas kejadian di Kg Tanduo Lahad Datu dan Kg Sri Jaya Simunul, semporna, jelas pada kita, nawaitu pihak-pihak tertentu dalam negara mahupun pihak luar yang berjaya dihasut untuk mencapai matalamat mereka.

Tahniah kepada pasukan keselamatan kerana mampu mengesan dan mampu melaksanakan tugas untuk membendung niat mereka itu, walaupun negara terpaksa membayarnya dengan mahal bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah nyawa.

No comments:

Blog Archive