KALAU lah Agbimuddin bertindak lambat menceroboh Lahad Datu, sudah pasti menyebabkan Pilihanraya Umum Sabah akan ditangguhkan, dan kemungkinan darurat diistiharkan.
Bayangkan ditengah-tengah para pemimpin berkempen kerana suasana pilihanraya ke-13, pengganas bertindak ganas, termasuk menculik dan membunuh. Sudah tentu, keadaan darurat terpaksa diistiharkan demi keselamatan awam.
Pilihanraya serentak seluruh negara kalau boleh dielak pihak pembangkang, maka mereka mahu mengelaknya, atas sebab, mereka yakin akan menang di Semenanjung, dan mereka meramalkan mendapat banyak kerusi di Sarawak, berasaskan pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2011. Di sabah, mereka mendapat kesukaran, walaupun semua daya usaha mereka lakukan, termasuk mempengaruhi sesetengah pemimpin Bn Sabah menyertai mereka.
Kalau pilianraya umum Sabah ditangguhkan, maka keputusan di Semenanjung dan Sarawak akan mempengaruhi kecenderungan pengundi Sabah, selepas pilihanraya Sabah disambung semula.
Agbimuddin meramalkan bahawa piliahanraya berlangsung pada Mac 2013, sesuai dengan maklumat yang diberikan pembangkang.
Tindakan mengganas Agbimuddin yang lebih awal di Sabah adalah satu rahmat kepada barisan nasional, jika tidak, matalamat pembangkang merampas Putrajaya tercapai.
Tindakan keganasan Agbimuddin bukan sahaja bermatalamat wang akan tetapi juga politik. Wang akan diperolehi jika berjaya menculik beberapa pemimpin penting, politik pula, mereka dapat membantu dalang merampas Putrajaya.
Point yang mengarah kepada pemimpin pembangkang sebagai dalang kepada pencerobohan Lahad Datu- Pertama tindakan Tian Chua mendakwa keganasan itu adalah sandiwara Umno. Faktor kedua, gagalnya Anwar mengutuk keganasan itu daripada awal. Faktor ketiga-kenyataan pengganas itu sendiri-bahawa mereka adalah jemputan pemimpin pembangkang untuk memuktamadkan satu perjanjian. Faktor berikutnya-kenyataan tertuduh pengganas di Mahkamah Tawau- bahawa mereka diupah untuk mengganas.
Perkiraan awal dalang kepada pengganas Lahad Datu, adalah untuk mempengaruhi emosi pengundi yang mempunyai pertalian darah.
Dengan mudah pembangkang akan berhujah- Bagaimana "kamu semua" boleh menyokong barisan nasional, sedangkan parti itu adalah agent kepada pembunuhan kepada "saudara-saudara kamu".
Membangkitkan emosi dan dendam kepada kaum yang mempunyai pertalian darah dengan pengganas adalah satu-satunya faktor yang boleh memutuskan sokongan kepada Bn.
Di khabarkan Pemimpin utama Pembangkang akan ke Lahad Datu pada 23 Mac ini, dan mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin suluk secara tertutup. Sudah tentu dalam perjumpaan itu, pemimpin itu akan menghasut para pemimpin suluk membenci Bn.
1 comment:
Allah SWT telah menentukan segalanya. Banyak hikmah yang tersembunyi disebalik pencerobohan ini. Pemantauan lautan dipantai timur 24 jam. Kawalan keluar masuk warga Filipina terkawal. Pengujudan kawasan ESSCOM...sesiapa pun boleh dengan selesa memandu dengan keluarga keTawau tanpa takut ditahan 'mundu' ditengah jalan. Reaksi penentangan rakyat Sabah terhadap tuntutan Filipina jelas. Sabah sangat memberi makna kepada KL dan akan berbuat apa saja untuk mempertahankannya. Rancangan jahat PR gagal! Tuhan maha adil dan bijaksana.
Post a Comment