Friday, March 01, 2013

Kg Tanduo: Pagi Jumaat yang mencemaskan-Operasi mengusir penceroboh dilaksanakan juga

BUNYI tembakan menurut laporan daripada lokasi tidak kedengaran lagi setakat pukul 2 petang. Namun pihak pasukan keselamatan belum masuk sepenuhnya ke lokasi di mana lebih 100 orang penceroboh berkampung.

Setakat ini, tiada laporan adanya peningkatan kematian atau kecederaan di kedua belah pihak.

Pasukan keselamtan mengerah polis PGA, komando 69, tentera dan marin untuk melaksanakan operasi menangkap penceroboh.

Laporan daripada kg Tanduo, Lahad Datu 10 Pemberontak Sulu Dipercayai Maut demikian   RUBEN SARIO melaporkan. Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.

Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki bersenjata Sulu mati dan empat lagi cedera.

Namun, tiada laporan mengesahkan mengenai empat anggota keselamatan yang cedera atau berlaku sebarang kematian.

Menurut laporan pertama yang tersebar dari kawasan insiden, tiga polis yang cedera diterbangkan ke Sandakan.

Sehingga pukul 12.45 tengah hari, penduduk kampung berkata mereka masih lagi terdengar bunyi tembakan.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan Malaysia masih belum mengesahkan laporan pertama yang tersebar berikutan bunyi tembakan yang kedengaran di Kampung Tanduo kira-kira pukul 11 pagi Jumaat.

Polis juga enggan mengulas jika tembakan itu adalah langkah awal bagi mengusir lelaki bersenjata yang diketuai oleh Azzimudie Kiram, adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

No comments:

Blog Archive