Friday, March 08, 2013

Kemaskini Ops Daulat: Nasib Agbimuddin belum diketahui

Agbimuddin kanan Jamalul Kiram
PASUKAN keselamatan negara yang meneruskan ops Daulat mengatakan sehingga kini, belum mengetahui nasib pemimpin penceroboh Agbimuddin Kiram, kerana sukar dikenal pasti jika berasaskan pakaian mayat-mayat yang ditemukan, walaupun ketika ini tentera Malaysia dan pasukan polis memasuki peringkat akhir operasi pencarian dan menggeledah di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini Jumaat. 

Agbimuddin, yang mendakwa dirinya saudara kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa diri sebagai Sultan Sulu gagal menghubungi keluarga Kiram di Manila dalam tempoh 48 jam lepas dan pasukan keselamatan berharap dapat mengetahui apa yang berlaku kepadanya dalam satu atau dua hari ini.

Agbimuddin dan orang kanannya dipercayai menjadi antara mereka yang berjaya keluar Kampung Tanduo pada Ahad, dua hari sebelum pertempuran pada hari Selasa. Agbimuddin pada Rabu memberitahu jurucakap Jamalul Kiram Abraham Idjairni melalui telefon bahawa salah satu daripada anak bersama dengannya di Tanduo bersama-sama dengan 200 hingga 300 pengikut-pengikutnya, termasuk enam wanita terselamat daripada pengeboman pasukan keselamatan Malaysia, malah dia memberitahu jurucakap itu, mereka sedang beristihart, menunggu peluang keluar daripada kawasan pertempuran.

Setakat ini sejumlah 52 penceroboh berjaya dibunuh, enam di Semporna dan 46 di kawasan Kg Tanduo.

Dalam perkembangan sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lelaki bersenjata Sulu tidak menunjukkan tanda-tanda menyerah, lantas operasi terhadap mereka diteruskan.

Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan habis-habisan terhadap lelaki bersenjata pada Selasa, selepas pencerobohan bermula pada 9 Februari.

No comments:

Blog Archive