Saturday, March 02, 2013

Kemaskini: Kejadian Tembak Menembak Di kg Simunul Semporna, dua anggota Polis cedera

Kemaskini: dua orang anggota polis disahkan tercedera: LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi mengesahkan dua anggota polis cedera ditembak penyerang hendap berhampiran Kampung Simunul, Semporna. Beliau, bagaimanapun, menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu. 

Setakat ini, katanya, polis masih memburu kumpulan penjenayah terbabit.

Kemaskini: Tembak menembak di Kg Simunul, Semporna, mungkin ada kaitan dengan operasi (drug raid). Setakat ini, tiada laporan dari pihak mana2 menyatakan bahawa tembak menyebak itu ada hubungan dengan kejadian di Kg Tanduo Lahad Datu pada Jumaat.

Twitt daripada Datuk Masidi Manjun sebentar tadi: 
: Pending...Police statement I can say that all rumours abt Semporna exaggerated..hve just spoken to DO

."Musaffir Diperantauan kejadian tembak-menembak telah berlaku di semporna, di kg simunul dan telah merebak ke 4 kg lain, Suasana Panik dgn siren yg sda berbunyi
dgn arahan "jgn keluar rumah" bagi mereka
yg berada di kg.simunul, kg air n kg sri jaya
Semporna. Mesej dr sorg te
man-keadaan
panik ada kedengaran tembak-menembak

dan kapal polis berada d laut serta elektrik
jga terpadam - doakan smoga smua ahli
keselamatan, saudara mara sahabat handai
slmt dlm lindunganNya .. amin

TERKINI:. BERLAKU TEMBAK-MENEMBAK DI SANA SEKARANG INI .... TAPI JANGAN CEMAS KERANA BUKAN TEMBAKAN ADA PENGGANAS TETAPI POLIS ANTINARKOTIK MENGEJAR PENJENAYAH-PENJENAYAH YANG LARI APABILA DI KESAN PIHAK BERKUASA MENGEDAR DAN MENJUAL DADAH'' SYABU'' DI KAWASAN BERKENAAN. ... TEMBAKAN yang di dengari TERSEBUT HASIL TEMBAKAN DARIPADA PENJENAYAH YANG CUBA LARI .... POLIS CUBA MENGEJAR DAN MEMBALAS TEMBAKAN .... DI KHABARKAN PENDUDUK DI KAWASAN BERKENAAN DALAM KEADAAN BERJAGA-JAGA SELAIN SUARA PARA PENDUDUK MENJERIT KETAKUTAN ...

Kejadian tembak menembak berlaku di kg Simunul Semporna. saya confrmkn tanya kawan2 yang tinggal di sekitar pekan mengesahkan kejadian itu petang tadi.saya cuba menghubungi balai polis Semporna untul mendapatkan maklumat shahih namun tidak berjawab.Doakan semoga kejadian sprti yg berlaku di LD Tidak berulang. (Wall rakan FB Depu-depu).

Menurut rakan itu yang kini berada di Semporna kejadian tembak menembak berlaku sebentar tadi. Kini kawasan kg Simunul telah dikepong pihak pasukan keselamatan. Komen rakan itu ( Sehingga sekrg ini mklumt tdk sahih 2 org sdh tkorban.anggots polis.blm dpt d pastikn.saya beberapa kli cuba mghubungi balai polis semporna namun tdk berjawab) jam 21.18

Nota: Polis sampai jam 8malam, tembak menembak masih berlaku.

No comments:

Blog Archive