Saturday, March 30, 2013

Impak Krisis Lahad Datu: Penjaja Rokok Jalanan Menghilang

SUDAH menjadi pemandangan biasa di sekitar pekan samada di Semporna, Lahad Datu, Sandakan mahupun Kunak kanak-kanak atau remaja asal Filipina menjaja rokok berbagai jenama yang semuanya tanpa pelekat "cukai telah dibayar".

Kini pemandangan itu tidak seperti biasa lagi selepas sahaja Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac.

Pemandangan di waktu malam, yang biasanya kita menyaksikan kesibukan di pekan-pekan itu, kini keadaan lengang.

Rakyat Filipina yang biasanya mempunyai berbagai aktiviti termasuk menjaja berbagai dagangan termasuk rokok, mutiara dan sebagainya, di kaki-kaki lima, kini menghilang. Bukan itu sahaja, tukang kasut yang biasanya terdapat di depan kedai-kedai kini sudah tiada lagi.

Berbagai laporan menghias dada-dada akhbar Filipina, bahawa ramai rakyat negera itu telah mudik, samada melalui jalan rasmi atau jalan belakang.

Di Sandakan misalnya, saban hari kita menyaksikan ramai rakyat Filipina meninggalkan bandar itu untuk mudik ke negara asal.

Alasan mereka mudik bukan kerana adanya perlakuan tidak baik daripada pasukan keselamatan, akan tetapi kebanyakan daripada mereka itu masuk ke Sabah bukan secara rasmi, melainkan menggunakan kebiasaan "lintas sempadan" tanpa menggunakan dokumen rasmi seperti pasport.

Rata-rata daripada mereka terpaksa mudik, kerana khuatir akan ditangkap kerana kesalahan memasuki Sabah secara haram; bukan kerana tindakan pasukan keselamatan yang menjalanka Ops Daulat membersihkan bumi Sabah daripada saki baki pengganas sulu.

Rakyat Filipina yang mudik rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan pengganas sulu menecoroboh Lahad Datu, kerana mereka yang tiada kaitan menjadi mangsa keadaan.

Rakyat Filipina yang di Sabah sungguh merasa bertuah dengan keamanan di negara ini, berlainan dengan keadaan di kampung mereka, kanak-kanakpun boleh membawa senjata seperti pistol atau M16.

Sejak operasi Daulat, jeti-jeti di Sandakan mahupun Lahad Datu atau Semporna sering sahaja disibukan oleh kehadiran rakyat Filipina yang ingin pulang kampung halaman masing-masing.

Mereka pulang dengan biaya sendiri, mmembayar antara 100-150 ringgit seorang untuk satu perjalanan ke Pulau Tawi-Tawi.

No comments:

Blog Archive