SEORANG pengganas Sulu yang mendakwa diupah untuk mengganas semasa dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau Khamis, Holand Kalbi (Holan) sebenarnya adalah salah seorang pengikut Agbimuddin Kiram yang termasuk mati dalam tembak menembak dengan pasukan komando 69 pada 1 Mac, demikian juga Ling Mad Salli (Lin)- menurut jurucakap Jamalul Kiram III-Abraham Idjirani yang dipetik oleh Inquirer.
Jurucakap Kiram itu, menafikan bahawa lapan individu yang didakwa tersebut merupakan pengikut Agbimuddin, sebenarnya menurut beliau, mereka itu adalah rakyat Malaysia.
Selain itu, Abraham juga mempertikai jumlah pengikut Agbimuddin yang maut, menurut Abraham, hanya 26 termasuk 18 yang mati pada 1 Mac dan bukannya 68 sepertimana dilaporkan di Malaysia.
Sebelum ini Abraham menyatakan bahawa pengikut Agbimuddin yang maut pada 1 Mac-Kalbi, Salli, Ibrahim Suhudah, Junaidi Harain, Abdulkader Jumaadil, Hawadi Jumaadil, Tar Undang, Sangkahan Ajan, Datu Maharajah Sabandal dan isterinya.
Sementara itu Jurucakap Persatuan Peguam Sabah (SLA) Syarulnizam Salleh dipetik sebagai berkata, bahawa lapan individu yang dihadapkan ke mahkamah Tawau pada Khamis, semuanya adalah rakyat Filipina, menyangkal dakwaan jurucakap Kiram tersebut.

Setakat ini sejulmah 235 individu ditangkap berikutan OPs Daulat akibat penerobohan Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.
Pencerobohan Lahad Datu juga mengorbankan lapan anggota polis dan dua tentera negara.
No comments:
Post a Comment