Friday, March 15, 2013

Disebalik Pencerobohan Lahad Datu: Ada Kaitan dengan Lagu Anwar: Najib Goyang Kerana Sabah Hilang

Anwar dan Nur Misuari
Anwar masih terngiang-ngiang ditelinganya, masih berkedip-kedip di matanya semasa dalam kedudukan manusia nombor dua terkuat dalam negara. Demikian juga Nur Misuari, masih merasakan semasa menjadi Gabnor ARMM.

Kini, dua-duanya tidak memiliki itu semua. Mereka bagaikan singa tua yang tidak betaring lagi. Namun, namanya juga singa, pasti mahu membuktikan bahawa mereka masih raja, raja kepada binatang lain. Tetapi dibalik semua usaha mereka, tiada yang peduli, kecuali mereka yang memang menganggap, bawa singa tetap raja, meskipun tidak mempunyai kemampuan apa-apa.

Nama Nur Misuari hampir lenyap di peta dunia. Sebagai ketua pemberontak, dia tidak mahu namanya hilang begitu sahaja. Nur Misuari tahu betul, agar namanya timbul semula mesti melalui trade marknya- memberontak. Seorang pemberontak, mesti berkawan dengan orang pemberontak. Nur Misuari, tidak salah memilih, dia memilih Anwar untuk menaikkan semula namanya.

Pertemuan demi pertemuan dilakukan, sebagai mana pengakuan Nur Misuari sendiri. Perancangan dilakukan. Maka lahirlah idea "menceroboh" Sabah. Nur Misuari sengaja memilih Jamalul Kiram III, kerana diantara semua waris Sultan Sulu, Jamalul Kiram III yang termiskin dan papa kedana.

Bagi seseorang yang mempunyai nafsu, namun tiada kemampuan apa-apa, maka bagai orang mengantuk disorongkan bantal.

Bagi Jamalul Kiram III, jika gagal, dia akan kembali kepada keadaannya, jika pun dia tidak berbuat apa-apa sampai ke liang kuburpun, keadaannya demikian, malah tiada langsung yang mengkenalinya apa lagi mengingatinya.

Kalau berjaya, maka macam mendapat durian runtuh. Sesesiapapun dalam kedudukan Jamalul Kiram III akan menerima tawaran yang bersifat lumayan. Mana ada keuntungan besar yang tidak berisiko. Dalam bisnes, semakin besar keuntungan yang bakal diperolehi, maka semakin besar juga risikonya.

Jamalul Kiram III, dikahbarkan tidak sabar-sabar melaksanakan tawaran yang telah diberikan; malah sejak Ogos 2012 lagi, dia mahu melaksanakan tugasan itu. Namun, atas nasihat daripada dalang itu, jika dilakukan pada masa itu, keuntungan tidaklah seberapa, kerana negara yang diserang belum dalam keadaan berlumba dengan masa mendapatkan mandat daripada rakyat.

Atas sebab itu, tugas itu dilaksanakan pada bulan Februari, kerana ramai yang meramalkan ketika itu, Parlimen akan dibubarkan selepas Perayaan Chap Goh Mee, yakni selepas 15 hari Sambutan Tahun Baru Cina.

Berlayarlah soldadu Jamalul Kiram III (kini dikenal sebagai pengganas sulu) ke Sabah pada 9 Februari, dan menduduki sebuah kampung terpencil, di gugusan Felda Sahabat, Kg Tanduo.

Pada awalnya, semua terpingah-pingah termasuk pasukan keselamatan negara, siapa kah gerangan orang-orang ini? Ada yang mengatakan sebahagian besar daripada mereka adalah orang tempatan, ada juga yang menganggap, bahawa mereka itu benar-benar Tentera Sulu.

Atas sebab itu, pihak polis mengambil masa untuk berunding, sehingga memakan masa 23 hari, dengan tiga kali lanjutan, untuk memberi peluang kepada penceroboh itu meninggalkan Kg Tanduo dengan aman, tanpa pertumpahan darah.

Semasa dalam perundingan itulah muncul, nama seperti Rajah Muda Agbimuddin Kiram, malah ada yang menulis, dia adalah abang, manakala ada yang lain menulis, dia adalah adik; pokoknya tidak jelas siapa sebenarnya Rajah Muda Agbimuddin Kiram.

Presiden Filipina sendiri, tertanya-tanya siapa kah Jamalul Kiram III, dan siapakah Agbimuddin; nama-nama yang tiada dalam senerai kerajaan Filipina.

Masa berlalu, kerana tindakan menduduki Kg tanduo, pada awalnya dianggap terpencil, malah Kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri, menyatakan bahawa kejadian penerobohan Kg Tanduo, tidak akan menjejaskan keselamatan, kerana jarak antara kg itu dengan lokasi yang padat penduduk antara 100-150 km.

Disebabkan pencerobohan Kg Tanduo berlarutan, maka berbagai pihak mencari, sebab musabab, matalamat dan cerita disebalik kejadian itu.

Muncullah laporan surat Khabar Filipina antaranya Manila Times, Inquirer, bahawa pencerobohan Kg Tanduo didalangi pihak-pihak tertentu daripada negara ini, dan menyebut nama Dr Jeffery G Kitingan dan Anwar Ibrahim.

Seperkara yang menguatkan tulisan surat khabar Filipina itu, apabila penecorobah yang tidak diketahui jumlah sebenarnya, hanya dilaporkan lebih 100 orang dengan 20-30 bersenjata dan lima wanita; menyatakan bahawa kedatangan mereka adalah untuk memuktamad satu perjanjian, dengan seseorang pemimpin berprofile tinggi. Sehingga kini, belum didedahkan siapa pemimpin berprofile tinggi itu.

Masa berjalan, sehinggalah pada 1 Mac, berlaku kejadian yang tidak diinginkan oleh kerajaan. Pada pagi Jumaat itu, dua anggota komando 69 gugur, kerana taktik kotor penceroboh. Pasukan Komando tiada pilihan lain, walaupun sebelumnya dilarang melepaskan tembakan, terpaksa bertindak balas, berjaya membunuh 12 penceroboh (kini pengganas) dan kemudian meningkat kepada 15 berasaskan temuan mayat semasa operasi pembersihan.

Ekoran kejadian di Kg Tanduo, pada pagi Jumaat 1 Mac, berlakulah serangan hendap kepada pasukan polis di Kg Sri Jaya Simunul, Semporna pada petang 2 Mac dan membunuh enam orang anggota polis. Mengulas kejadian itu, KPN Tan Sri Ismail Omar, sempat membuat kenyataan, bahawa serangan hendap itu tidak berkaitan dengan kejadian di Kg Tanduo.

Berikutan kejadian yang semakin cemas itu, timbul berbagai laporan, baik daripada Manila mahupun media tempatan terutama media alternatif; bahawa sebenarnya penceroboh itu telah berlayar daripada Filipina sejak pertengahan bulan Januari dan puncaknya pada 9 Februari, apabila dua boat bermuatan 234 orang berlepas ke Lahad Datu daripada Tawi-Tawi diketuai oleh Komander MNLF Jeneral Haji Musa Abdulla dan Lt Ernesto Sambas.

Perancangan pencerobohan Lahad Datu memang dirancang telah lama, seawal Ogos 2012, atas sebab itu, pengganas sulu sempat membeli sembilan buah rumah untuk dijadikan sarang di Kg Sri Jaya Simunul Semporna.

Berbagai laporan mengatakan bahawa pengganas sulu mendarat ke Sabah, bukan secara berkumpulan, akan tetapi disertai orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak untuk mengaburi mata pasukan keselamatan negara, baik daripada Filipina mahupun negara kita.

Akibat serangan terhadap pasukan polis negara selama dua hari berturut-turut, dan membunuh pula 8 anggota, maka kesimpulan diambil, bahawa pengganas itu, bukan main-main, melainkan mengistiharkan perang; atas sebab itu ATM diminta mengambil operasi disamping polis sebagai koordinator kepada operasi itu. Muncullah sandi operasi- Ops Sulu, kemudian ditukar kepada Ops Daulat.

Pada 5 Mac, satu operasi berskala besar dilakukan, yang melibatkan semua jajaran, termasuk TUDM. Penggunaan Jet F18 dan Hawk digunakan. Pada pagi Selasa itu, Jet F18 melepaskan bom laser dan berbagai bom ke sasaran yang dipercayai tempat persembunyian pengganas di Kg Tanduo.

Kini selepas 10 hari, kawasan operasi diperkecil, dan di tumpukan di kawasan Tanjung Batu, terutama Sungai Nyamuk dan Sungai Bilis.

Selepas lebih sebulan pencerobohan pengganas sulu, 58 pengganas terlah maut, sementara angka yang terkorban daripada pasukan keselamatan negara masih 10, 9 dimedan tempur dan seorang kerana kemalangan semasa menghantar bantuan untuk Ops Daulat.

Apa yang diperolehi daripada kejadian pencerobohan pengganas sulu ini adalah, Nama Jamalul kiram III menjadi sebutan, malah anaknya Jacel Kiram, yang selama ini tiada siapa yang mengetahui, kini sudah terkenal, malah twitternya, sering dilayari oleh pemimpin negara.

Selain itu, nama Nur Misuari yang sebelumnya dianggap sudah terpadam, kini muncul kembali. Nur Misuari sangat berterima kasih kepada Anwar, kerana memberikan nasihat, walaupun tidak pernah dizahirkan.

Satu pengajaran daripada penceroboha Lahad Datu, seseorang yang papa kedana, mampu melakukan pencerobohan dengan bersenjatakan yang canggih-canggih, sudah tentu menggunakan sejumlah wang yang banyak untuk memperolehinya.

Seorang yang papa kedana, mampu membayar USD600 seorang kepada sukarelawan yang mahu berlepas ke Sabah; seorang papa kedana yang mampu membeli 9 rumah secara tunai untuk dijadikan sarang; seseorang papa kedana, di mana pengikutnya mampu membeli sekotak rokok dengan RM50.

Melalui pencerobohan Lahad Datu, walaupun sejummlah perwira negara telah gugur, ada pemimpin pembangkang mendakwanya sebagai sandiwara, juga, kejadian pencerobohan Lahad Datu, gagalnya Anwar Ibrahim mengutuknya, melainkan menyalahkan kerajaan dan pasukan keselamatan. Anwar mampu mempengaruhi pesara tentera untuk mengulas negatif terhadap tindakan pasukan keselamatan negara, dengan berbagai tomahan negatif, termasuk- pasukan keselamatan negara konon tiada keupayaan taktikal dan lemahnya risikan.

Kini, Tian Chua dihadapan di mahkamah kerana dakwaannya itu. Datuk Safie Apdal pula, mahu dilakukan siasatan terhadap peranan Anwar dan Nur Misuari terhadap pencerobohan Lahad Datu.

Mungkin Lagu Anwar- Najib Goyang, kerana Sabah Akan Hilang, ada hubungkait dengan pencerobohan ini?

No comments:

Blog Archive