LEBIH tiga minggu, nama Anwar dikaitkan dengan krisis Lahad Datu. Punca daripada ketekaitan Anwar dengan krisis Lahad Datu, apabila surat khabar Filipina melaporkan hasil risikan inteligen negara itu, bahawa dalang kepada pencerobohan kg Tanduo Lahad Datu ada hubungan dengan Anwar.
Ekoran laporan daripada Manila itu, TV3 dan Utusan Malaysia memetiknya, dan sebahagian blog pro kerajaan juga menyiar kembali laporan surat-surat khabar Manila itu, antaranya laporan Manila Times.
Ekoran petikan TV3 dan Utusan Malaysia itu, Anwar menyaman RM100 juta media arus perdana itu. Selain itu, Anwar juga memohon injuksi, agar media-media itu tidak memetik sebarang laporan yang menghubungkaitnya dengan pencerobohan Lahad Datu oleh Pengganas Sulu.
Disebabkan laporan yang mengaitkan Anwar dengan pengganas sulu itu selain ditambah oleh penghinaan Tian Chua terhadap anggota keselamatan yang gugur, satu alih pandang dirancang, dan alih pandang itu, apabila Bapa Saiful, membuat pusingan U, dan mendakwa sodomi II, hanya rekaan pihak tertentu dan mempergunakan anaknya.
Namun, selepas sahaja, Bapa Saiful mengadakan sidang akhbar, anaknya melakukan Twit, mendakawa pula bapanya diperperdaya oleh pihak Anwar, malah dia terus mempertahankan sumpah laknatnya.
Pusingan U bapa Saiful, sudah terlambat. Kemusnahan imej kepada Anwar yang dikaitkan dengan pengganas Sulu, lebih besar nilainya berbanding pusingan U bapa Saiful. Saiful bukan anak ingusan lagi. Saiful adalah dewasa. Sebenarnya, pengakuan bapa Saiful tidak mempunyai merit untuk dipercayai. Kata orang betapa berat memandang, berat lagi bahu memikul. Bapa Saiful hanya memandang, manakalah Saiful yang merasakan apa yang diperlakukan terhadapnya.
No comments:
Post a Comment