Kerajaan Filipina dalam masa terdekat akan mengambil tindakan undang-undang ke atas 35 rakyatnya yang cabut lari dari Sabah pada Rabu.
Menurut Setiausaha Kehakiman negara itu Leila De Lima 35 individu termasuk seorang wanita itu yang kini dalam tahanan, akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi atas berbagai tuduhan termasuk memiliki senjata haram, melakukan kekacauan di Sabah dan menyebabkan rakyat Filipina terbunuh.
Pengganas Sulu yang mengaku Tentera Sulu Sultan Jamalul Kiram III, telah meneroboh Lahad Datu Sabah pada 9 Februari.
Sehingga kini telah 62 pengganas itu telah terbunuh di Sabah akibat pertempuran dengan pasukan keselamatan negara.
Dengan kod operasi Ops Daulat yang bermula pada 5 Mac lalu, kini hampir ke penghujungnya. Tumpuhan pasukan keselamatan adalah Tanjung Labian, kawasan Sungai Nyamuk dan Sungai Bilis.
Semalam, pasukan keselamatan negara berjaya membunuh seorang pengganas, manakala tiga lagi berjaya melarikan diri. Pasukan Keselamatan masih memburu mereka, dan setakat ini belum ada maklmut berkaitan perburuan itu.
No comments:
Post a Comment