Friday, February 01, 2013

Wang Hilang RM200 Ribu Zahida Rafik-SPRM ambil keterangan bekas pemandu artis itu

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik, Noor Azman Azemi, hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi sejumlah besar wang kepada artis itu. 

Peguam Noor Azman, Latheefa Koya yang juga Pengerusi Biro Undang-undang PKR, berkata anak guamnya memberi keterangan selama sejam berhubung kes yang disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu. 

"Noor Azman memberikan kerjasama dengan memberikan segala butiran yang diperlukan," katanya kepada pemberita selepas itu. 

Latheefa berkata, mereka juga berpuas hati dengan layanan SPRM pada hari ini. 

Tahun lalu, Zahida dilapor pernah membuat laporan polis terhadap Noor Azman, 39, yang didakwa melarikan RM200,000 wang syarikatnya, manakala Noor Azman turut membuat laporan polis mendakwa Mohd Shafie mempunyai hubungan dengan Zahida dan menyerahkan sejumlah besar wang kepada artis itu.

No comments:

Blog Archive