WALAUPUN malam, tetapi sinar bulan yang terang, akan menerangi Kg Tanduo, Lahad Datu. Kedua belah pihak hanya berbaki kira-kira enam jam lagi, samada penceroboh bersedia untuk dihantar pulang atau berdepan dengan dentuman senjara automatik.
Jala besar mungkin digunakan untuk tujuan melumpuhkan penceroboh dan agar mudah ditangkap, jika pertumpahan darah ingin diminimakan.
Kapal Filipina yang bertujuan kemanusian, yang sedang berlabuh, juga "on standby mode" untuk bergerak mengangkut mereka yang tercedera.
Dalam keadaan ini, tiada jaminan tiada nyawa yang melayang. Bagi pasukan keselamatan negara, perlu bertindak, kerana bukan sahaja maruah pasukan keselamatan tetapi juga negara.
Apapun, kita mengharapkan penyudah yang damai.
No comments:
Post a Comment