Latest News

Tentera Sulu Di Lahad Datu: Polis Masih mengepung

JUMAAT (semalam) sepatutnya hari terakhir penceroboh itu diusir pulang ke negara asal Filipina, namun tentera sulu yang berjumlah lebih 100 orang itu masih berdegil, dan mahu terus berkampung di Kg Tanduo di mana mereka mendarat pada malam selasa lalu.

Laporan dari Manila menggatakan Menteri Luar Negara itu Albert del Rasario telah menghubungi Datuk Anifah Aman meminta agar tempoh pengusiran dilanjutkan sehingga selasa depan, kerana kerajaan Filipina sedang memujuk keluarga Kiram agar mempengaruhi penceroboh meninggalkan Sabah secara aman.

Pihak polis dikhabarkan telah mempertingkatkan kepungan terhadap penceroboh itu dan siap sedia berdepan dengan semua kemungkinan termasuk menggunakan tindakan ketenteraan.

Kejadian di kg Tanduo perlu dijadikan iktibar oleh pihak keselamatan agar tidak berulang lagi di masa depan. Jangan lagi memberi alasan bahawa perairan Sabah itu poros, kerana jika kejadian seumpama ini berlaku lagi, maka mengsahkan bahawa kawalan keselamatan negara longgar.

4 Responses to "Tentera Sulu Di Lahad Datu: Polis Masih mengepung"

Orang Sebarangan said...

Secara ringkasnya, dapatlah saya kupaskan sedikit. Diulangi sekali lagi, secara ringkasnya..

Fakta sejarah:
- Timur Sabah (bukan seluruh Sabah) diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Kesultanan Sulu
- Kesultanan Sulu pula memajakkan tanah tersebut kepada kerajaan Moden hari ini iaitu Malaysia seperti mana Kedah memajakkan Pulau Pinang kepada kerajaan Malaysia

Pilihan yang ada:
a) Kerajaan Malaysia menyerahkan semula Timur Sabah kepada Kesultanan Sulu

atau

b) Kerajaan Malaysia mengekalkan perjanjian yang sedia ada

Kesan:
Jika pilih (a):
- RAKYAT di Timur Sabah tidak berpuas hati kerana ahli keluarga dan saudara-mara berpecah seperti mana di Korea Utara-Selatan dan lebih suka di bawah pemerintahan Malaysia dan silap-silap berlaku penentangan pula
- KERAJAAN MALAYSIA akan kehilangan sedikit sumber ekonomi dan rakyat bumiputera yang tentunya akan mempengaruhi bilangan bumiputera di Malaysia ke nisbah lagi kecil
- KESULTANAN SULU berputih mata kerana secara tidak langsung Filipina akan mengisytiharkan Timur Sabah adalah milik Filipina juga sedangkan jika di bawah Malaysia, Kesultanan Sulu masih lagi merasakan haknya ibarat sedang mempunyai deposit tetap
- KERAJAAN FILIPINA paling beruntung kerana meluaskan lagi jajahan takluknya dan menambahkan sumber ekonominya

Jika pilih (b):
- Tidak mustahil perkara yang berlaku di Lahad Datu baru-baru ini akan berlaku lagi dan jika tersilap langkah boleh menjurus ke kancah peperangan

Walaubagaimanapun, pilihan (a) adalah paling baik jika terdapatnya PENGISYTIHARAN RASMI yang Kesultanan Sulu (Selatan Filipina dan sekitarnya) adalah bukan sebahagian Filipina (perlu diingatkan bahawa Kesultanan Sulu bukan di bawah jajahan takluk Filipina. Masa British memerdekakan Malaya, kenapa tidak sekali dengan Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura sedangkan mereka semua adalah jajahan takluk British? Kerana mereka adalah entiti yang berbeza. Begitu juga dengan Filipina dengan Kesultanan Sulu. Walaupun dijajah oleh penjajah yang sama iaitu Sepanyol dan Amerika, mereka adalah entiti yang berbeza, cuma Filipina yang mendakwa Kesultanan Sulu adalah sebahagiannya).

Setelah Kesultanan Sulu didirikan dengan rasmi, barulah kerajaan Malaysia menyerahkan semula Timur Sabah kepada pemilik asal.

Akhirnya, Malaysia aman. Kesultanan Sulu aman. Filipina pun aman.

Persoalannya, dapatkah?..

the.kidz said...

kc cpt 2,,jgn lma2'

kisah.klassik.com said...

Terbaeekkkk

azwar.azlinah said...

kaji balik sejarah kesultanan sulu dan sabah. jangan tulis sembarangan. pajakan itu ada had tempoh dan dalam masa itu waris kesultanan sulu tidak menuntut apa-apa semasa sabah berada di bawah SYARIKAT (bukan negara)berpiagam borneo utara lebih dari 100 tahun. Terima kasih.

Blog Archive