Latest News

Tentera Sulu Di Kg Tanduo Lahad Datu: Pasukan Keselamatan Negara Hanya Mampu Memantau

HARI INI telah genap dua minggu pendaratan Tentera Sulu di Kg Tanduo Lahad Datu Sabah. Meskipun rundingan telah tamat minggu lalu, namun tiada tanda-tanda penceroboh itu beredar daripada tempat mereka berkampung.

Di Sabah berbagai spekulasi dan khabar angin beredar. Ada diantaranya, mendakwa bahawa kejadian ini adalah rancangan pihak-pihak tertentu untuk menganggu perjalanan RCI pendatang Sabah yang sedang berjalan, kedua kononnya untuk menimbulkan persepsi, agar supaya jangan cuba-cuba mempersoalkan status kerakyatan bangsa Moro yang telah diserap sebagai rakyat Malaysia, kerana padah akan mengundang.

Lawatan Datuk Hishammuddin ke Lahad Datu, yang bermula semalam untuk tujuan mencari penyelesaian kejadian pencerobohan ini, belum ada tanda-tanda kejayaannya. Pihak pasukan keselamatan dikhabarkan mendekati lokasi di mana penceroboh itu berkampung, dan jarak antara pasukan keselamatan dan mereka hanya kira-kira 1 kilometer.

Selain cerita-cerita yang berbagai terus menyelubungi kejadian ini, ada juga yang menabur cerita "Gambar orang tua yg berdiri bahagian depan yg paling handal diantara mereka, dia tidak dimakan oleh sebarang senjata."

0 Response to "Tentera Sulu Di Kg Tanduo Lahad Datu: Pasukan Keselamatan Negara Hanya Mampu Memantau"

Blog Archive