Tuesday, February 12, 2013

Presiden LDP: Datuk VK Liew gesa kaum cina terus sokong BN

PRESIDEN Parti LDP Datuk VK Liew mengesa agar kaum cina terus menyokong kerajaan Bn, kerana hanya melalui gabungan berbagai parti itu aspirasi dan pembelaan kaum itu terus terjaga.

Sungguh menyedihkan kata beliau, apabila kaum cina digunapakai oleh parti-parti pembangkang untuk mencapai hasrat perjuangan sempit mereka, apabila pembangkang mempenpengaruhi kaum itu hanya untuk menidakkan kuasa 2/3 parti Bn baik di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri.

Sebagai contoh katanya, pembangkang mempengaruhi kaum itu agar memilih parti mereka pada PRN Sarawak pada April 2011,  bukan sahaja menidakkan kuasa 2/3 Bn Sarawak akan tetapi mahu menumbang kerajaan Bn, walaupun mereka tahu dan maklum, bahawa usaha itu tidak akan berjaya.

Beliau menambah; Al-hasil daripada sokongan kaum cina terhadap pembangkang terutama DAP, maka kebanyakkan kerusi majoriti kaum itu di DUN Sarawak dimenangi DAP, sehingga DAP mempunyai 12 ADUN daripada 71 ADUN Sarawak.

"Benar mereka menang, tetapi kemenangan yang hanya bersifat tukang sorak; mereka tidak dapat membantu keperluan kaum cina. Akhirnya, walaupun Bn bukan menguasai kerusi seperti di Dun N63 Piasau yang disandang oleh Timbalan ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang dikalahkan oleh calon DAP Liang Sie Kiong, namun kerajaan Bn perlu juga membela dan memajukan kawasan itu".

"Sungguh malang, di kawasan di mana kerajaan kalah terpaksa juga kerajaan menanggung pembangunannya kerana pada asasnya rakyat perlu dibela."

"Pembangkang berjaya menghasut kaum cina dengan tindakan berkonfrontasi agar rakyat jangan mengenang jasa pemimpin Bn seperti George Chan." 

"Selain itu Pembangkang juga berjaya menghasut kaum cina agar mengundi mengikut perasaan, sehingga kaum itu lupa semua usaha dan pendekatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri terhadap suku kaum itu."

"Fakta apa yang berlaku semasa PRN Sarawak, pembangkang terutama DAP berjaya mengyakinkan kaum cina, kononnya parti pakatan mereka PKR akan mendapat sokongan kaum melayu/melanau dan kaum dayak untuk menubuhkan kerajaan negeri; atas sebab itu, kaum cina Sarawak hampir full swing memilih DAP."

"Keadaan ini yang berlaku sekarang ini, terutama menjelang PRU-13. DAP mengyakinkan kaum cina, kononnya mereka mampu merampas Putrajaya, kerana kononnya parti pakatan mereka PKR dan PAS mampu mendapatkan kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan di peringkat pusat."

"Secara umumnya, jika kaum cina yang meliputi 40 kawasan Parlimen di seluruh negara membuat keputusan memilih pembangkang terutama DAP, akan menjadi malang pada suku kaum itu, kerana telah memilih pendekatan berkonfrontasi dengan suku bangsa lain di negara ini."

"Bukan sahaja rakyat negara ini malah negara luarpun akan melihat, bahawa kaum cina tidak mahu berkongsi kuasa dengan kaum lain dalam masyarkat majmuk negara."

"Kaum cina akan tertipu lagi seperti di Sarawak, apabila kenyataannya bukan sahaja Pakatan gagal memerintah malah gagal mengurangkan kuasa 2/3 Bn Sarawak."

"Benarlah kerana usaha Anwar pada PRU-12 lalu dan membantu DAP mendapat kerusi yang mencukupi dan calon-calon PKR di kawasan kaum cina mampu menang, maka kaum cina pakatan berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang menggantikan kerajaan kaum cina daripada Bn. Demikian juga sokongan kaum cina di Selangor, berjaya menubuhkan kerajaan melayu di Selangor menggantikan kerajaan melayu Bn."

"Kini, kaum melayu sedar, bahawa mereka hanya tertipu pada PRU-12 lalu. Mereka terpangaruh dengan janji-janji pakatan, namun selepas lima tahun semua janji-janji itu hanya janji-janji retorik dan palsu".

Menurut pengakuan Presiden LDP itu, beliau yakin bahawa pada PRU-13, kaum melayu/bumiputera akan bersatu kembali dalam wadah perjuangan Bn, untuk itu, parti Pas dan PKR tidak akan mampu mendapatkan semula kerusi yang dimenangi pada PRU-12 lalu.

VK Liiew juga mengingatkan kaum cina perlu mengambil iktibar daripada PRN Sarawak, kaum cina akan terpinggir dalamk kuasa politik selepas PRU-13, jika mereka tetap memilih parti pembangkang terutama DAP.

Presiden LDP itu berkata lebih lanjut; untuk mempertahankan perkongsian kuasa dalam negara yang berlatar belakangkan berbagai agama dan bangsa ini, maka kaum cina tiada pilihan, mereka perlu kembali ke wadah itu, sesuai dengan perkongsian kuasa semasa mencapai kemerdekaan dahulu.

Menurut Datuk Liew, Kerajaan Bn bukan sahaja berkemahuan dan mampu membantu kaum cina, malah dapat dilihat daripada tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang benar-benar memberi perhatian kepada kaum cina, sama dengan semua suku bangsa dalam negara.

Menurutnya lagi; berlainan dengan sikap parti pembangkang yang lebih condong kepada sifat perkauman dan gemar menuding jari kepada sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka. Mereka mengambil pendekatan politik sempit, dengan mengangat-angkat isu-isu sensitif seperti isu keagamaan, demi merai undi; mereka tidak mahu negara makmur dan aman damai, kerana rakyat mengamalkan perkongsian persamaan yang ada.

Sebagai Presiden Parti Kaum Cina, Datuk VK Liew meneggaskan, bahawa dalam wadah negara seperti Malaysia, perkongsian kuasa seperti mana yang diamalkan oleh Bn merupakan formula yang amat tepat bagi negara ini.

Beliau juga akur, bahawa semua permintaan satu-satu kaum tidak akan dipenuhi dalam masa-masa tertentu, akan tetapi sifat dinamik yang ada dalam konsep Bn, akhirnya permintaan itu akan diperolehi juga. Terlalu banyak contoh di mana permintaan kaum cina dipenuhi, apabila keadaan memungkinkan.

Kaum cina perlu memberi peluang kepada calon-calon Bn daripada kaum itu dalam PRU-13, kerana melalui PRU itu juga jambatan perkongsian kuasa yang diretakan oleh Pembangkang pada PRU-12 lalu, akan diperkokoh semula melalui konsep Bn, di mana kini mempunyai baru 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

No comments:

Blog Archive