Sunday, February 24, 2013

Pencerobohan Tentera Sulu; Tengah Malam ini akan berakhir?

TEMPOH 48 jam yang diberikan Pasukan Keselamtan Negara bagi penceroboh untuk meninggalkan Kg Tanduo Lahad Datu akan berakhir tengah malam ini.

Penceroboh yang mendarat di Kg Tanduo malam Selasa lalu yang diketuai oleh adik kepada Sultan Jamalul Kiram III Rajah Muda Azzimudie Kiram sepatutnya telah keluar daripada kampung Tanduo pada jumaat, namun atas permintaan Menteri Luar Filipina Albert Del Rasario meminta kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan.

Satu perkara yang membimbangkan berbagai pihak, bahawa jikalau penceroboh itu enggan juga bersetuju menginggalkan perkampungan di mana mereka berkampung, maka satu pertumpahan darah akan berlaku, walaupun pendekatan pasukan keselamtan negara mahukan penyelesaian kejadian itu berakhir dengan aman, tanpa berlakunya keadaan yang mengorbankan nyawa.

Difahamkan, laporan daripada lokasi, pasukan keselamatan negara telah bersiap sedia, hanya menunggu arahan akhir sebelum bertindak menghalau penceroboh itu.

Sementara itu, laporan daripada Manlia mengatakan bahawa Sultan Jamlalul Kiram mendakwa tiada sebab penceroboh itu untuk meninggalkan Lahad Datu, keadaan ini yang membimbangkan kerajaan Filipina kerana usaha mereka memujuk pewaris Sultan Sulu itu, nampaknya mengalami kegaggalan.

Kini, tindakan mengusir penceroboh itu terletak di tangan Pasukan Keselamatan Negara, apa kah akan terus mengadakan rundingan atau mengambil tindakan ketenteraan. 

Sama-sama kita tunggu kesudahannya selepas tengah malam ini.

No comments:

Blog Archive