Latest News

Pencerobohan Lahad Datu- peristiwa pahit pasukan keselamatan negara

AYT tidak menuding jari kepada sesiapa, apatah lagi kawasan pantai Sabah yang begitu luas; kejadian pencerobohan seperti yang berlaku di kampung Ladauo Lahad Datu selasa malam, tidak dapat dielakkan.

Lahad Datu, hanya memerlukan satu jam dengan menggunakan "speed boat" daripada kawasan Filipina terutama daripada Setangkai, Tawi-Tawi.

Kawasan laut antara Lahad Datu dan kawasan terdekat dengan Filipina, merupakan kawasan penangkapan ikan, atas sebab itu, mungkin pasukan keselamatan negara keliru, dengan perahu pancung yang menggunakan  enjin Pam air yang dibuah suai, agar mudah melalui kawasan cetek yang digunakan penceroboh pada malam selasa lalu dapat mendarat di Kg di mana penceroboh itu berkampung sekarang.

Pengalaman penulis semasa bertugas di kawasan Semporna tahun 1987-1988, pada masa itu, pekan Semporna akan menjadi pekan mati selepas pukul 5 petang, kerana biasanya selepas itu semua kedai atau kegiatan perdagangan dihentikan.

Malam hari, yang ternampak adalah pasukan keselamatan dilengkapi M-16 atau SLR berkeliling pekan, sementara di laut pula, pasukan tentara laut senantiasa siap siaga.

Pada masa itu, perkara yang sungguh ditakuti adalah kedatangan "mundo" istilah yang digunakan kepada penceroboh yang mempunyai niat merompak.

Kegiatan mundo ini, sukar dikawal atau dikenal pasti, kerana mereka menyerupi nelayan. Selain itu, mereka berlindung di kawasan-kawasan sunyi pada siang hari, sementara pada malam hari mereka berlagak seperti nelayan.

Kelebihan mundo itu pada suatu waktu, pasukan keselamatan senantiasa terkaburi, kerana mereka menyusup di kawasan-kawasan cetek, yang tidak memungkinkan kapal pronda tentara laut beroperasi.

Kejadian mundo berasingan dengan kejadian di Kg Ladauo pada masa ini, kerana yang dihadapi adalah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai waris kesultanan Sulu.

Menurut laporan akhbar-akhbar daripada Manila, kedatangan penceroboh yang dipanggil Tentera Sulu itu memang telah dirancang, untuk tujuan mengembalikan tuntutan hak mereka terhadap Sabah.

Dilaporkan, bahawa waris kesultan Sulu akan mengemukakan tuntutan mereka ke atas Sabah ke Mahkamah Antarabangsa. Salah satu faktor yang memperkuat tuntutan itu, adalah mereka mesti berada di tanah yang mereka tuntut.

Bagi kerajaan Malaysia pula, berada dalam keadaan serba salah, sebagai negara yang berdaulat, sudah tentu boleh bertindak menangkap penceroboh itu. Jika ini yang dilakukan, maka akan mengesahkan kehadiran mereka di tanah Sabah.

Persoalan yang dihadapi kerajaan adalah, faktor bayaran sewa yang berjumlah RM5,300 setahun yang dibayar kepada waris kesultanan Sulu sehingga kini.

Dengan dilema yang hadapi kerajaan, walaupun kejadian pencerobohan ini merupakan peristiwa pahit kepada pasukan keselamatan negara, namun kerajaan tiada pilihan selain berunding melalui pasukan keselamatan, agar penceroboh akur dan kembali semula ke negara mereka, tanpa syarat.

1 Response to "Pencerobohan Lahad Datu- peristiwa pahit pasukan keselamatan negara"

hainom OKje said...

Baru tau serba sedikit pasal kenapa pencerobohan ni boleh berlaku.. TQ for this info

Blog Archive