Wednesday, February 06, 2013

Pas akan kalah teruk kalau keluar Pakatan

PADA PRU-12 parti Pas mendapat 10.36 peratus undi diperingkat parlimen dengan jumlah kerusi 23 berbanding DAP 28 dan PKR 31.

Kerusi-kerusi yang dimenangi Pas itu; Wilayah Persekutuan=1; Kedah=6; Selangor=4; Perak=2; Terengganu=1 dan Kelantan=9.

Melihat kepada taburan kerusi Pas itu, jika parti itu bersendirian, akan gagal sama sekali di Wilayah Persekutuan, Perak dan Selangor. Ertinya, Pas mungkin menang 1-2 kerusi di Kedah, Terengganu 1 dan Kelantan antara 4-5. Berasaskan kepada gambaran itu, maka Pas tidak akan berani keluar daripada Pakatan, kerana kalau parti itu berbuat, maka akan rugi besar.

Nik Aziz melihat ini, atas sebab itu, apapun perlekehan Karpal Singh terhadap parti itu, Nik Aziz terpaksa akur. Malah Nik Aziz yang melarang menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW, kerana menurut MB Kelantan itu, sambutan kelahiran Nabi bidaah disambut, kerana Nabi dilantik sebagai Rasullah, pada umur 40 tahun. Sebaliknya, Tok Guru Pas itu menyambut harijadinya bersama Karpal Singh dan Paderi. Tujuan Nik Aziz adalah untuk mengambil hati Karpal Singh, demi kelangsungan politik Pas.

Pada ketika ini, siapapun pemimpin Pas yang menentang kehendak Nik Aziz bersahabat dengan Karpal Singh, akan berdepan dengan pemecatan. Ini yang berlaku pada Ustaz Nasharudin Mat Isa mantan Timbalan Presiden Pas yang dipecat daripada majlis syura Pas. Sebelum itu, mantan Persurujaya Pas Selangor, Dr Hassan Ali telah dipecat, kerana salah satu faktornya adalah menentang kerjasama dengan Karpal Singh dan Anwar Ibrahim.

Salah satu lagi fakta yang menunjukkan bahawa Parti Pas sangat akur dengan kehendak Karpal Singh apabila parti itu menggugurkan asas perjuangannya yang ingin menubuhkan Negara Islam, dan menukarnya kepada negara berkebajikan.

Kalaulah bukan kerana ulamak dalam Majlis Syura Pas, maka Hadi Awang tidak akan menarik pengiktirafannya kepada bukan islam menggunakan Kalimah Allah. Nasib baik masih ada Haron Din dan ulamak2 lain yang tidak mengikut telunjuk Karpal Singh, kalaulah hanya ada Nik Aziz dan Hadi, pasti mereka akan akur kepada desakan Karpal Singh dan Lim Guan Eng agar bukan islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Kata speaking, Nik Aziz no choice, memandangkan usianya, kesihatannya yang tidak mengizinkan, maka beliau terpaksa "sai Lang" untuk mendapat kuasa, termasuk mengorbankan asas perjuangan Pas.

Apa kah "Sai Lang" Nik Aziz ini berbaloi? sama-sama kita tunggu keputusan PRU-13.. 

No comments:

Blog Archive