Wednesday, February 27, 2013

Disebalik Pencerobohan "Tentera Sulu" di Kg Tanduo Lahad Datu

KHAMIS lalu, apabila pihak polis menyatakan bahawa rundingan telah tamat, dan penceroboh bersedia untuk pulang, akan tetapi akan berjumpa "personaliti tertentu" terlebih dahulu; mungkin terungkai melalui penjelasan berikut DISINI sama-samalah pembaca menilai fakta dan auta tulisan itu.

Melihat kepada berlarutannya pencerobohan itu, mungkin juga tulisan seperti yang dilampirkan mempunyai kebenaran.

Disebabkan pasukan keselamatan Malaysia mengambil jalan perundingan, maka pihak penceroboh mengambil kesempatan, apatah lagi tindakan mereka bukan sahaja mendapat perhatian daripada segenap pemimpin negara akan tetapi juga kerajaan Filipina termasuk Presiden negara itu.

Rancangan penceroboh pada awalnya hanya datang kerana memuktamadkan suatu perjanjian, akhirnya berkembang kepada soal tuntutan ke atas Sabah yang telah merupakan sejarah lebih 500 tahun lalu.

Kini, pasukan keselamatan negara berada dipersimpangan, sedangkan tempoh yang diberikan kepada penceroboh untuk meninggalkan tanah Sabah  akan berakhir bila-bila masa daripada sekarang.

Bagi AYT apapun muslihat disebalik pencerobohan ini, pasukan keselamatan perlu bertindak, kerana jika tidak kejadian serupa tiada jaminan tidak berulang lagi.

No comments:

Blog Archive