Wednesday, January 30, 2013

PRU-13: PR Yakin dapat 124 kerusi Parlimen

WF=10; Johor=10 (1); Kedah=11; Kelantan 12; Perak=18 (11), Selangor=17, Pulau Pinang=11;Terengganu=1; Melaka=1; Negeri Sembilan=3; Pahang=5 (2); Sabah dan Sarawak=25 (2); Jumlah 124 (jumlah kerusi dimenangi pada PRU-12)

Setidak-tidaknya itulah perkiraan Pakatan Rakyat, jumlah kerusi yang mereka akan menang pada PRU-13. melalui jumlah kerusi itu, bermakna, tiga Pakatan parti DAP-PKR-PAS menambah 42 kerusi parlimen daripada kerusi asal yang mereka menang pada PRU-12 lalu, 82.

Apa Yang Tersirat ingin memeberi komen berasaskan kajian-kajian berbagai pihak dan persepsi semasa yang dikumpulkan dan gambaran ini mendekati pola pengundian pada PRU-13 akan datang.

Namun AYT tidak memberi komen tentang kemungkinan jumlah kerusi yang dimenangi di Semenanjung, AYT lebih berminat memberi ulasan berkenaan Sabah dan sedikit Sarawak.

Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen. Pada PRU-12 lalu, hanya kerusi Parlimen Kota Kinabalu dimenangi oleh DAP.

Jika benarlah bahawa 80 peratus pengundi cina dan 30 peratus pengundi bumiputera bukan islam dan 30 peratus pengundi bumiputera islam menyokong pembangkang, maka kemungkinan hanya tiga kerusi Parlimen yang boleh dimenangi Pembangkang. Kerusi-kerusi itu, adalah Parlimen Kota Kinabalu (pasti), Parlimen Sandakan dan Parlimen Tawau.

Disebabkan Pakatan memperkirakan akan mendapat 25 kerusi daripada Sarawak dan Sabah, maka mereka memperkirakan akan menang 22 kerusi daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak.

Entah darimana analisis mereka itu bersandar; jika berasaskan kepada PRN Sarawak pada 2011, maksima kerusi yang boleh dimenangi Pembangkang di bumi kenyalang adalah 7; dan tidak lebih daripada itu.

Kalau kecenderungan pengundian di Sarawak tidak berubah, dan pola pengundian di Sabah berubah, maka Pakatan Rakyat, maksima akan menang 10 kerusi Parlimen daripada Sabah dan Sarawak.

Jika demikian, maka pakatan tiga parti tidak akan menang pilihanraya dan menduduki Putrajaya, kerana kerusi yang tidak mencukupi, yakni hanya 109 kerusi, kurang 3 kerusi untuk membolehkan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

Kenapa Pakatan hanya berfikiran, bahawa parti-parti mereka sahaja yang boleh menambah kerusi? Apa kah Bn tidak mempunyai kemampuan menambah?

Pada PRU-13 Bn mempunyai harapan menang bagi WF=5 (3); Johor= 25; Kedah= 8(4); Kelantan 5(2); Perak=16 (13), Selangor=10 (5), Pulau Pinang=4 (2); Terengganu=7; Melaka=5; Negeri Sembilan=5; Pahang=14 (12) 2); Perlis=3; Sabah 22 (24) dan Sarawak= 24 (30)); Jumlah 153; Bn masih boleh menambah kerusi daripada Sabah atau Sarawak ataupun kedah antara 1 atau 2 kerusi.

Berasaskan perkiraan di atas, atas sebab itu Bn yakin bukan sahaja menang pada PRU-13 akan tetapi akan kembali menguasai 2/3 kerusi dewan rakyat, kuasa tradisinya selepas 10 kali pilihanraya umum.

Pada PRU-13 akan datang sebanyak 222 kerusi parlimen dipertandingkan dan 505 kerusi dewan undangan negeri. Semua negeri mempertandingkan DUN, kecuali Sarawak yang baru sahaja mengadakan pilihanraya Dun pada April 2011.

No comments:

Blog Archive