Translate

Thursday, 3 January 2013

Melayu lawan Melayu- Lim Guan Eng Dapat untung

BAYANGKAN sejak DAP ditubuhkan pada tahun 1965, belum pernah parti itu menang besar dalam pilihanraya, apatah lagi menubuhkan kerajaan.

Parti itu berusaha mempergunakan kaum melayu bermula pada tahun 1989 melalui Gagasan Rakyat yang diketuai oleh Tengku Razalegh Hamzah dan kemudian tahun 1999-Barisan Alternatif juga diketuai oleh Tengku Razalegh, namun DAP masih gagal mempergunakan melayu, hanyalah pada tahun 2008, DAP berjaya apabila kumpulan pembangkang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Ironinya pada tahun 1999, walaupun melayu marah kerana pemecatan Anwar, akan tetapi BN masih menang 2/3 kerusi dewan rakyat kerana parti MCA dan Gerakan masih mendapat sokongan kaum cina, demikian juga MIC masih disokong kaum india.

Pada tahun 2008, entah silap mana parti-parti MCA, Gerakan dan MIC ditolak oleh kaum masing-masing, sedangkan yang bertelengkah adalah pemimpin melayu. Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri bukan sahaja berhadapan dengan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz, malah berhadapan juga dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Kaum cina dan india mengambil kesempatan yang dibuka oleh kaum melayu sendiri, kerana saat-saat itulah yang ditunggu; atas sebab itulah kebanyakan kerusi yang sepatutnya dimenangi MCA, Gerakan dan MIC berjaya dirampas samada oleh DAP ataupun PKR.

Demikian juga kerusi-kerusi yang ditandingi Umno di mana pengundi melayu pada asalnya tergolong kepada penyokong Umno dan Pas dengan peratusan yang hampir sama, di mana parti mana yang disokong kaum cina atau india, maka parti itulah yang akan menang pada pilihanraya. Atas faktor kaum cina dan india menolak MCA dan Gerakan serta MIC, maka calon-calon Umno juga turut kecundang pada PRU-12 yang lalu.

Kini melayu dalam Umno tersentak, bahawa parti itu tidak boleh lagi bersandar kepada sokongan kaum cina dan india  untuk mempertahankan kuasa; atas sebab itu kesilapan lalu cuba diperbetulkan melalui pendekatan tranformasi politik. Perhatian kepada pengundi Sarawak dan Sabah dipertingkat, di mana sebelum ini kurang mendapat perhatian.

Sebagai nostalgia, kalaulah bukan pengundi Sarawak dan Sabah pada PRU-12 lalu, kerajaan Pusat mungkin sudah diambilalih oleh pembangkang. Melihat kepada keputusan PRU-12 itu, pembangkang juga memberi perhatian khusus kepada Sabah dan Sarawak. Berbagai janji dan pendekatan ditabur oleh pembangkang kepada rakyat Sabah dan Sarawak, termasuk janji pemberian Hak Otonomi; selain itu pembangkang memberi janji akan memberikan 20 peratus royalti minyak berbanding 5 peratus yang berkuaktuasa sekarang.

Ujian kepada janji-janji Pembangkang itu, nampaknya hanya berjaya menembusi kaum cina, kerana pada PRN Sarawak April 2011, terbuka kawasan-kawasan cina di Sarawak berjaya dirampas pembangkang, termasuk kekalahan Presiden Parti kaum cina-SUPP komponen Bn Sarawak.

Di Sabah pula, janji-janji pembangkang itu belum berjaya mempengaruhi rakyat Sabah, apabila PRK Parlimen Batu Sapi pada Oktober 2010, Bn mempertahankan kawasan itu. Keputusan PRK Batu Sapi, menunjukkan bahawa undi kaum bumiputera masih kukuh pada Bn, manakala undi kaum cina seperti trend yang lalu-lalu.

Namun yang membimbangkan bagi Sabah, bukan Sarawak, ada kalangan pemimpin Bn sendiri percaya bahawa trend tahun 2008 akan berterusan terutama pada PRU-13; atas sebab itu ada beberapa orang pemimpin Bn negeri bertukar kepada kubu pembangkang, dengan satu tujuan, bahawa mereka akan menjadi pemimpin kanan dalam kerajaan negeri apabila pembangkang berjaya menang.

Pemimin Bn seperti Yong Teck Lee, Lajim Ukin, Welfred Mojilip Bumburing serta beberapa pemimpin veteran seperti Yahya Lampong, Karim Ghani bertukar kubu menentang Bn. 

Melihat keadaan perekonomian negeri dan cara pengurusan kewangan negeri di bawah teraju Ketua Menteri Sabah-Musa Aman; nampaknya rakyat Sabah sukar menerima janji-janji pembangkang yang masih bersifat retorik.

Rakyat Sabah mengikuti dengan penuh minat apa yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang dan dalam masa singkat Perak. Di negeri-negeri itu, peluang-peluang dalam bentuk apapun bukan lagi berorentasi kepada penduduk majoriti atau yang berpenghidupan sederhana, akan tetapi lebih condong kepada rakyat minoriti dan berpenghidupan lebih mewah dan sejahtera.

Berasaskan kepada senario semasa, nampaknya pembangkang belum berjaya menembusi hati nurani rakyat Sabah; walaupun ada pemimpin Bn yang menongkah arah. Kerusi Sabah baik Parlimen mahupun Dun masih merupakan penyumbang kepada kerusi-kerusi Bn. Terserah kepada pengundi Semenanjung, apakah akan mempertahankan kerajaan Bn yang diterajui Umno.

Pada PRU-13, Rakyat Sabah dan Sarawak akan "lead The Way" untuk mempertahankan Putrajaya.

2 comments:

Embo Bongol said...

PRU13.. Pastikan Pakatan tertimbus! Tolak peliwat yang berkepentingan.

Melayu bersatu!!

hairulazam said...

Assalamualaikum
Semoga Allah memberi pertunjuk kepada kita semua.

1. Kalau saudara rasa BN tak boleh kalah maka tak perlu demokrasi dan saya cadangkan UMNO BN segera hapuskan demokrasi.

2. Saudara kata Lim Guan Eng untung, sebelum ni di Pulau Pinang siapa untuk. Tak tahu lah kalau Chong Tu dan Tsu Koon tu melayu UMNO.

tk

Labels

Blog Archive