Latest News

Deepak Orang India Nak Jatuhkkan Seorang Pemimpin Melayu

KEBELAKANGAN ini kita sering mendengar nama Deepak Jaikishan Tekwani, seorang penjual karpet yang nampaknya menyerang Rosmah Mansor secara bertubi-tubi menjelang pilihanraya umum ke 13. 

Setelah penat lelah Najib Tun Razak sibuk memperkuatkan Umno dan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, tiba-tiba muncul saudagar karpet ini menyerang Rosmah secara bertali arus.

Serangan berstrategi ini memanfaatkan persepsi yang dicipta pihak pembangkang kepada isteri Perdana Menteri itu, kononya Datin Rosmah menjadi liabiliti kepada Umno dan Barisan Nasional. Lantaran itu Deepak memainkan peranannya menyerang Rosmah untuk menjatuhkan Najib.

Deepak memulakan serangannya selain pendedahan melalui wawancara yang umumnya dipetik oleh portal-portal berita pembangkang, juga mengeluarkan buku kecil yang diberi nama "The Black Rose" - satu siri buku. Buku ini kononya mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan kini telahpun  muncul di ruang siber.

Siri pertama - Black Rose 1.0 - telah diedarkan kepada media  dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai 'Spirit of Altantuya'.

Buku ini tidak menyebut mana-mana personaliti tertentu dengan nama, tetapi jalan ceritanya hampir dengan kisah hidup Deepak sendiri.

Buku ini mengandungi watak-watak yang dipaparkan menggunakan nama samaran tetapi jalan ceritanya mirip kepada kisah Depak.

Antara mereka termasuk Kapeed, Bijan, Black Rose, Popiah, Lala, Jim dan beberapa personaliti lain yang dikaitkannya atau dirujuk olehnya sewaktu 'berperang' dengan keluarga Najib.

Dari cerita Deepak mengenai hubungannya dengan keluarga Najib sehingga penglibatannya untuk menterbalikkan akuan bersumpah (SD) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengaitkan perdana menteri dengan Altantuya Shaariibuu, buku ini dilihat mencerminkan cerita tersebut, tetapi dikisahkan dalam bentuk ceritera.

0 Response to "Deepak Orang India Nak Jatuhkkan Seorang Pemimpin Melayu"

Blog Archive