Tuesday, December 18, 2012

Parti LDP yang bersidang Parti Gerakan juga turut sibuk

Setidak-tidaknya itulah gambaran yang penulis nampak semasa melawat Sandakan pada 15-16 Disember. 

Jarang sekali, apabila ada komponen parti BN yang bersidang pada suatu kawasan, maka bendera komponen lain juga dipasang, melainkan yang dipasang adalah bendera parti yang bersidang itu bersama bendera BN.

Lain kejadiannya di Sandakan, di pertengahan jalan dari lapangan Terbang Sandakan, terdapat bendera Parti Gerakan diselang selih dengan bendera parti LDP.

Apa kah sebenarnya yang berlaku? Penulis juga melihat bahawa ramai yang berbaju Parti Gerakan nampak sibuk keluar masuk di kawasan di mana LDP bersidang. Apa kah keadaan ini satu kebetulan? atau kah pihak Parti Gerakan membantu menjayakan persidangan LDP? Jika ini benar-benar merupakan perancangan kedua-dua parti itu, maka satu fenomena baru berlaku dalam komponen BN.

Rupanya kerjasama antara kompnen BN, bukan sahaja semasa pilihanraya atau mengurus negara, akan tetapi  kerjasama juga berlaku, jika ada komponen BN mengadakan persidangan tahunan.

Pada masa akan datang, kita mungkin akan menyaksikan apabila parti MCA misalnya bersidang, maka selain bendera MCA dan BN dikibarkan, bendera komponen-kompnen lain juga turut dipasang.

Akan tetapi, selepas persidangan itu, penulis ada mendengar cerita-cerita yang tidak sedap ditelinga, rupanya   kejadian pemasangan bendera parti Gerakan adalah untuk menarik perhatian Perdana Menteri, bahawa Sandakan adalah wilayah Gerakan.

Terdengar juga cerita, bahawa salah seorang pemimpin utama Gerakan daripada Sabah, melakukan arahan  bidan terjun yang bercanggah dengan aturcara yang telah disiapkan oleh urusetia Parti LDP. Akibatnya, pihak protokol yang mengurus tempat duduk isteri Perdana Menteri, isteri Ketua Menteri dan isteri Presiden LDP, tidak terduduk pada tempat yang semestinya, melainkan mereka didudukan pada tempat yang bukan sepatutnya.

Akhirnya, penulis kemudian ketahui, bahawa ada unsur sabotaj daripada pemimpin tertentu daripada parti Gerakan Sabah, terhadap majlis anjuran LDP di Sandakan pada Ahad lalu.

Kenapa ini semua berlaku? sedangkan PRU-13 akan menjelang tiba. Nampak gayanya, unsur sabotaj daripada pihak komponen BN masih berlaku. 

Pada PRU-2004, kerusi Parlimen Sandakan jatuh ke tangan pembangkang kerana unsur sabotaj parti kompnen BN. 

Unsur sabotaj telah dikupas dengan panjang lebar oleh Perdana Menteri semasa menggulung Perbahasan Persidangan Agung Umno ke-66 pada awal bulan ini. Menurut Perdana Menteri, iktibar perlu diambil pada PRU-12, disebabkan sabotaj, maka banyak calon-calon BN kalah.

Parlimen Sandakan mempunyai dua DUN-Dun Karamunting dan DUN Tanjong Papat. Pada PRU-12, Dun Karamunting dimenangi calon daripada LDP, manakala Tanjong Papat dimenangi oleh calon SAPP (SAPP keluar BN pada 17 September, 2008).

Ekoran keluarnya SAPP daripada BN, maka wakil rakyatnya bagi DUN Tanjong Papat dan Elopura menyertai Parti Gerakan, sementara DUN LDP bagi Karamunting juga turut sama.

Mungkin, para wakil rakyat yang telah menyertai Parti Gerakan itu, merasakan bahawa tiga DUN telah mereka kuasai (Parti Gerakan tidak pernah bertanding di Sabah pada sebarang pilihanraya), maka membuatkan tiga wakil rakyat Gerakan merasakan Sandakan adalah wilayah parti itu.

Para wakil rakyat itu tersilap, bahawa konsep BN, bukan berasaskan kepada individu, akan tetapi berasaskan parti. BN memilih calon-calon berasaskan parti, bukan wakil rakyat yang menyertai sesebuah parti.

Sesuai dengan prinsip BN, Parlimen Sandakan, DUN Karamunting telah diperuntukan kepada parti LDP, manakala DUN Tanjong Papat dan Elopura, belum ditentukan, parti mana yang akan bertanding di kawasan itu.

Jika berasaskan kepada kestiaan kepada perjuangan, maka parti LDP merupakan parti yang perlu diberi peranan, kerana parti itu adalah parti komponen tertua BN Sabah disamping Umno.

BN Sabah sebenarnya bermula dengan Parti Umno, Parti LDP dan Parti Akar; kemudian disertai oleh SAPP, kemudian PBRS dan PDS (kini Upko). BN Sabah bertambah lagi apabila MCA dan Gerakan megembangkan sayapnya ke Sabah selepas BN membentuk kerajaan pada tahun 1994.

Jika diambil keputusan PRU-12, parti yang mengalami kekalahan teruk adalah Gerakan, kerana Presidennya  turut kalah; kemudian diikuti Parti MCA dan MIC.

Berasaskan perkembangan politik semasa, dengan melihat kecenderungan rakyat Sabah, nampaknya rakyat cukup memahami dan menyokong Umno, kerana Umno adalah jelamaan kepada Usno dan Tun Mustapha. Umno ke Sabah untuk menggantikan Usno yang telah dibubarkan untuk memastikan semua ahlinya diserap dalam Umno.

Berlainan dengan parti MCA, Parti Gerakan dan Parti MIC; parti-parti ini mengembangkan sayapnya ke Sabah bukan mengambil alih peranan mana-mana parti tempatan. Atas sebab itu, apabila diselami perasaan akar umbi rakyat Sabah, mereka kini cenderung kepada parti tempatan yang menerima konsep BN. Jika itu, yang diambil sebagai tolok ukur, maka untuk kaum cina, maka parti tempatan yang tersedia adalah Parti LDP.

Semasa penulis di Sandakan, sempat juga penulis menemuramah beberapa penduduk tempatan; jawapan mereka mudah dan terus terang.. hanya parti Tempatan komponen BN yang ada harapan, selain itu susah jawapan mereka.

Jika lah pucuk pimpinan gagal membaca arus pilihan para penggundi, terutama bagi kawasan-kawasan kaum cina, ada kemungkinan kawasan-kawasan ini boleh jatuh ke tangan pembangkang. Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Blog Archive