Thursday, November 01, 2012

Pimpinan PKR pastikan Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah jadi wakil rakyat

Keluarga Anwar mahu membuat rekod dalam arena politik negara. Pada PRU-13 akan datang selain Anwar mempertahankan Pematang Pauh, Nurul Izzah Lembah Pantai, Wan Azizah pula akan bertanding di peringkat DUN samada di Pulau Pinang atau Selangor.

Kalau bukan larangan kepada Wan Azizah bertanding di kerusi Parlimen, pasti Presiden PKR itu bertanding di peringkat parlimen.

Jika keluarga Anwar menang pada PRU nanti, sejarah telah dibuat oleh parti itu, bahawa mereka sahaja boleh menjadi wakil rakyat daripada satu keluarga.

Pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan jawatan TPM, puak-puak Anwar menuduh kerajaan BN mengamalkan kronisme, tetapi kenyataannya tiadapun amalan itu. Kini tuduhan pemimpin pembangkang akhirnya menerepa mereka sendiri.

Pada keadaan sekarang, pemimpin pembangkang samada daripada PKR dan DAP mengamalkan kronisme. Malah dalam DAP ada dua keluarga mempraktikkan kronisme. Lim Kit Siang dengan anaknya Lim Guan Eng serta isterinya Betty Chew. Karpal Singh dengan anaknya Gobin Singh Deo, dan Anwar sendiri dengan Nurul Izzah.

Pada PRU-12 lalu, Pakatan Pembangkang yang diwakili PKR, DAP dan PAS menang 82 kerusi parlimen dan merampas Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Perak serta mempertahankan Kelantan.

Pada PRU-13 yang akan dipanggil bila-bila masa, PR cuba mempertahankan jumlah kerusi yang dimenangi di Semenanjung (80 kerusi) dan kononnya parti-parti mereka mampu menambah 20 kerusi untuk menjadikan jumlah kerusi yang dimenangi kepada 100. Untuk memboleh pakatan tiga parti itu menubuhkan kerajaan pusat, parti-parti itu perlu menang sekurang-kurangnya 12 kerusi parlimen daripada Sabah dan Sarawak, bagi mendapatkan majoriti mudah.

Setidak-tidaknya senario di atas adalah impian pakatan tiga parti itu. Di pihak BN pula, parti gabungan 13 pari itu yakin mempertahankan 85 kerusi yang dimenangi di Semenanjung dan memperkirakan mendapat tambahan sekurang-kurangnya 12 kerusi parlimen di Semenanjung dan mempertahankan jumlah kerusi di sabah dan Sarawak. BN yakin pada PRU-13, kuasa tradisi gabungan iu 2/3 kerusi di Dewan Rakyat akan diraih.

No comments:

Blog Archive