Sunday, November 11, 2012

Pas tidak akan kembali pada perjuangan asal: Mustafa Ali

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali menolak secara terang-terangan desakan ahli Pas Selangor yang mendesak agar parti itu kembali ke landasan asal.

Satu forum yang dianjurkan oleh segelintir ahli-ahli Pas Selangor dianjurkan semalam, selain membuat desakan di atas, juga dalam forum itu diputuskan agar parti Pas mengkaji semula hubungan dengan DAP.

Forum sehari itu, melihat Pas kini sudah lari daripada perjuangan asal, malah parti itu lebih condong kepada menuruti keinginan dua parti sekutu parti itu DAP dan PKR.

Parti Pas sejak berkerja sama dengan DAP dan PKR menurut forum semalam, bukan lagi parti dominan, melainkan menjadi parti pak angguk parti DAP dan PKR.

Mengulas kesimpulan forum itu, Mustafa Ali berkata, forum itu dianjurkan oleh ahli-ahli Pas yang bermasalah.

Yang lebih melucukan lagi, menurut Setiausaha Agung Pas itu, forum yang diadakan oleh ahli-ahli Pas itu, kononnya didalangi Umno.

Hebat juga Umno ini, sehingga mampu mempengaruhi ahli-ahli parti lain, jika benarlah kenyataan Mustafa Ali itu.

Umum sudah mengeahui, Pas kini bukan lagi berjuang seperti mana perjuangan parti itu sejak ditubuhkan lebih 40 tahun lalu. Parti itu telah mengubah haluan daripada berlandaskan islam kepada parti berlandaskan kepada kebajikan, terjemahan kepada perjuangan DAP yang berasaskan kepada sosialis.

Perubahan kepada perjuangan Pas itu, atas sebab untuk membantu PKR dan DAP mendapat kuasa. Kuasa adalah segalanya bagi Pas pada ketika ini, walaupun mengorbankan matalamat penubuhan parti itu sebelum merdeka lagi.

Apa kah perubahan perjuangan Parti Pas ini masih mendapat sokongan akar umbi parti itu? yang mana selama ini mereka memilih parti itu kerana perjuangannya?

Pada peringkat akar umbi Pas, mereka telah maklum, bahawa menyokong Pas sama juga menyokong DAP, ertinya menyokong Lim kit Siang atau Lim Guan Eng, yang mana sebelum ini adalah taboo menyokong mereka-mereka itu.

Pas melalui Mustafa Ali, jelas dan nyata menolak desakan agar supaya Pas kembali ke landasan pejuangan asal, seperti mana perjuangan mantan-mantan pemimpin Pas terdahulu seperti Datuk Fadzil Noor.

1 comment:

jimizul said...

Pas tidak akan kembali kepada perjuangan asal kerana apa yg diperlukan disini adalah UNDI..jadi demi UNDI, Pas sanggup berbuat apa saja hinggakan melacurkan anak bini sendiri, bangsa serta agama. Lagipun Pas hanyalah melukut ditepi gantang saja selama ni didalam PR..so daripada tak dpt apa2, elok jadi pengemis kat diorg tu..kurang2nya dptlah jugak jadi YB ke apa ke & janji bulan2 masyukkkkk!!!! TAK PERCAYA KE? tanya sama itu dewata suci n.ajis ...dia pun sama malah lagi besar gampang dia..

Blog Archive