Friday, October 05, 2012

SPRM Siasat Kenduri mega anak Ali Rustam

SPRM akhirnya bertindak menyiasat kenduri mega majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka, ekoran laporan pihak Pembangkang berkaitan majlis itu.

Pembangkang membuat laporan ekoran perbelanjaan majlis itu yang berjumlah RM600,000 sesuai dengan pengakuan Ketua Menteri Melaka itu.

Majlis kenduri yang berlangsung minggu lalu di Melaka dihadiri kira-kira 130,000 tetamu sehingga direkodkan ke dalam Malaysian Book Record.

Pihak pembangkang mahu SPRM menyiasat kos majlis itu, kerana jumlah sebanyak RM600,000 diluar kemampuan seorang Ketua Menteri.

Pembangkang juga mendakwa, bahawa terdapat salahgunakuasa dalam penganjuran majlis itu, kerana mereka mendakwa bahawa agensi kerajaan terlibat sama sebagai penyaja, dan kos ditanggung oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka itu berkata, majlis kenduri anaknya yang dihadiri ratusan ribu itu, hanya atas sebab sokongan rakyat berbagai lapisan terhadap beliau. Pembangkang menurut beliau cemburu kerana melihat sambutan rakyat yang begitu ramai.

No comments:

Blog Archive