PENTUAN Persidangan Agung Umno yang ditetapkan pada 27 November bertepatan dengan hari terakhir sidang dewan rakyat, memperkuat tekaan tarikh PRU-13 akan berlangsung selepas April 2013.
Mandat Dewan Rakyat sekarang secara automatik terbubar pada 28 April 2013. Jika sebelum tarikh itu SPB Agong tidak membubarkan Parlimen, maka SPR perlu mengadakan PRU-13 dalam tempoh 60 hari.
Berasaskan pengumunan Najib berkaitan PAU Umno, maka ramai yang meramalkan bahawa Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai Isnin ini dijangka menjadi
tumpuan umum, bukan sahaja kerana pembentangan Bajet 2013, tetapi juga
bagi membaca tarikh pilihan raya umum ke-13.(Mesyuarat
yang bermula Isnin ini merupakan mesyuarat ketiga penggal kelima dan
lazimnya Parlimen bersidang sebanyak empat kali pada setiap penggal).
Spekulasi bahawa ini mesyuarat terakhir kembali hangat setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berseloroh menyatakan sudah teringin mengumumkan pilihan raya ketika melawat Machang, Kelantan awal bulan ini.
Spekulasi bahawa ini mesyuarat terakhir kembali hangat setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berseloroh menyatakan sudah teringin mengumumkan pilihan raya ketika melawat Machang, Kelantan awal bulan ini.
Jika Dewan Rakyat tidak dibubarkan sebelum 28 April 2013, maka secara automatik Parlimen dan semua Dewan undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya kecuali Sarawak.
Jika ini yang belaku, maka tidak timbul lagi pilihanraya berasingan antara Parlimen dan DUN di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Sebenarnya jika cara ini ditempoh Najib, maka ianya merupakan rekod, kerana julung kali berlaku di negara ini selepas berjaya mengadakan PRU selama 12 kali.
Jika benarlah Najib tidak menasehatkan SPB Agong supaya membubarkan Parlimen sebelum tarikh tamat, maka ianya satu cara yang adil, kerana penentuan tarikh pilihanraya ditentukan sepenuhnya oleh badan bebas-yakni SPR.
Dengan cara menunggu Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya , maka pihak pembangkang tidak lagi boleh menuding jari kepada Perdana Menteri, berhubung tarikh pilihanraya.
Sebaiknya inilah jalan terbaik..
No comments:
Post a Comment