Latest News

Pembangunan Pulau Pinang bukan kerana Lim Guan Eng: Tunku Abdul Aziz

Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengaruh politik untuk membentuk kerajaan Persekutuan akan datang kerana mereka tidak boleh mencapai persetujuan mengenai pelbagai isu dasar, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

"Di kalangan mereka (DAP, PAS dan PKR) tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Ini apa yang disifatkan sebagai perkahwinan untuk kesenangan. Mereka pasti akan bercerai.

"Namun (buat masa ini), mereka takut untuk berbuat demikian kerana berkongsi matlamat sama iaitu untuk menawan Putrajaya," katanya dalam ceramah di dewan komuniti Leong See Kah Miew, malam Jumaat.

Beliau berucap buat pertama kalinya di Pulau Pinang selepas meninggalkan DAP pada Mei lalu.

Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International itu turut menyentuh situasi politik di Pulau Pinang.

Beliau berkata, walaupun sekiranya Pakatan menang, ia hanyalah hasil yang sia-sia kerana mereka hanya memutuskan jawatan menteri selepas menawan Putrajaya dan ia mungkin sudah terlalu lewat.

"Kini, mereka tidak boleh memutuskan sesama sendiri mengenai kewujudan kabinet bayangan," katanya.

Mengulas mengenai situasi di Pulau Pinang, beliau berkata, ketika negari itu berkembang dalam tempoh empat tahun lalu, ia dibangunkan kerana mempunyai sejarah lebih 200 tahun dan bukan kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Sebaliknya, nenek moyang anda yang membina kejayaan ini," katanya.

Menurut beliau, Lim merupakan seorang ahli politik yang 'terjun' ke Pulau Pinang kerana tidak berkemampuan di Melaka.

0 Response to "Pembangunan Pulau Pinang bukan kerana Lim Guan Eng: Tunku Abdul Aziz"

Blog Archive