Tuesday, August 14, 2012

Tiga MP Sabah akan keluar BN

SPEKULASI beredar diarena politik Sabah, bahawa tiga MP daripada BN akan menyertai pembangkang secara berperingkat sebelum PRU-13.

Tiga MP yang dimaksudkan adalah MP veteran dan besar kemungkinan tidak dicalonkan oleh BN lagi pada PRU-13.

Pada masa kini berlaku tawar menawar, untuk memastikan mereka tetap dicalonkan, jika tidak mereka akan keluar BN semata-mata untuk menjadi calon.

Para wakil rakyat yang bakal keluar itu, adalah mereka yang terdiri daripada kaki projek, namun berasaskan kepada kepimpinan semasa BN yang mendahulukan rakyat, maka cara pemimpin ini tidak disenangi, kerana mereka hanya mengutamakan kepentingan mereka sendiri, bukannya kepentingan rakyat jelata.

Dalam perkembangan yang sama, spekulasi bahawa tiga MP BN yang akan keluar BN itu, telah disahkan oleh Datuk Lajim Ukin, dimana beliau sendiri telah keluar pada 29 Julai lalu.

Anwar kini berpesta mengumpul semua wakil rakyat BN yang dikategorikan sebagai bukan calon menang BN, untuk mengwujudkan persepsi, kononnya penyertaan mereka ke dalam pakatan pembangkang mempunyai impak terhadap BN.

Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen tidak termasuk labuan dan 60 kerusi dewan undangan negeri (DUN). Pada PRU-12 lalu, BN Sabah hampir menyapu semua kerusi, kecuali Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong, di mana kedua-dua kawasan tersebut dimenangi DAP.

Pada PRU-13 akan datang, BN Sabah sangat tergantung kepada kerusi-kerusi yang ditandingi Umno, PBS dan LDP, sementara kawasan-kawasan yang ditandingi UPKO, pada masa kini dalam keadaan kelabu.

Kerusi-kerusi yang ditandingi UPKO dikatakkan kelabu, disebabkan parti itu kini terbahagi dua, antara pengikut Presidennya Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan mantan Timbalan Presiden Parti itu-Datuk Welfred Mojilip Bumburing.

Namun, jika semua peringkat penyokong BN bersatu sebagai satu pasukan, tidak mustahil, kawasan-kawasan yang ditandingi UPKO juga akan menang, walaupun dengan jumlah majoriti yang rendah.

Sebelum ini, bagi kawasan Parlimen Sabah, 21 kawasan dikatakan selamat, sementara DUN, 44 kawasan adalah kawasan selamat.

Berasaskan perkembangan semasa, 17 kawasan parlimen Sabah dikategorikan selamat, manakala DUN tetap 44 kawasan.

AYT yakin, menjelang PRU-13, para pemimpin Sabah berjaya mengneutralis keadaan, dan memastikan BN Sabah sebagai Simpanan Tetap BN.

Pimpinan Sabah yang diketuai Ketua Menteri Sabah-Datuk Seri Musa Aman dipercayaai sedang merangka gerakan tindak balas yang jitu, bagai mengembalikan keadaan seperti biasa.

1 comment:

BAJA FOLIAR MEKAR SUPER GROW said...

Jangan banyak cakap lah kasi Bubar tu parliament tengok siapa jantan jangan berani cakap atas Talian mungkin Kau ni pun salah seorang pengampu projek agak agak lah kawan

Blog Archive