Monday, August 13, 2012

Tidak semestinya Anwar jadi Perdana Menteri: Hadi

SYARAT utama menjadi Perdana Menteri adalah seseorang itu mesti seorang islam dan kedua mendapat sokongan majoriti.

Untuk sementara, memang Pembangkang akui bahawa Anwar adalah calon, namun pakatan pembangkang juga masih terbuka menerima pemimpin lain. Ertinya Anwar, belum muktamad sebagai calon PM, apabila Pakatan Rakyat mampu merampas Putrajaya.

Dalam perkembangan yang sama, Hadi juga menyatakan tiada hasrat menjadi Perdana Menteri, walaupun beliau layak untuk jawatan itu.

Hadi memberitahu demikian dalam wawancara bersama Orental Daily News pada Isnin.

Selain itu, ura-ura bahawa Malaysia untuk pertama kali terpaksa menerima Perdana Menteri daripada kaum bukan melayu apabila Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN, tidak akan berlaku, kerana menurut Hadi, negara ini berpenduduk majoriti melayu.

Mungkin, pendapat Hadi itu dihubungkan dengan kerajaan Pakatan Perak yang dibentuk selepas PRU-12, di mana PAS walaupun mempunyai kerusi tersedikit, namun pemimpinnya dilantik sebagai Menteri Besar.

Jika inilah yang berlaku, maka kerajaan yang dibentuk itu, memang benar berperdana menterikan kaum melayu, akan tetapi pemain sebenarnya adalah kaum bukan melayu.

Pada ketika itu, kaum melayu terpaksa menepuk dada untuk tanya selera.

djkupang & Friends

No comments:

Blog Archive