Monday, August 13, 2012

Semakin dekat PRU-13 semakin rakyat Sabah meluat janji-janji pembangkang

BERMACAM-MACAM janji pembangkang terutama Anwar terhadap rakyat Sabah. Janji terbaru adalah pemberian bantuan RM650 secara bulanan kepada warga emas dan RM100 kepada setiap anak yang baru lahir sehinggalah mencapai umur 18 tahun.

Anwar juga berjanji akan memberikan 20 peratus royaliti minyak kepada Sabah, jika Pakatan Rakyat mampu merampas Putrajaya.

Kalau dilihat daripada segi menabur janji, Anwar boleh dikategorikan sebagai SIPU BUAT JANJI, kerana beliau tahu, bahawa janji-janji itu tidak perlu ditunaikan.

Di Semenanjung, janji-janji Pakatan Rakyat pada PRU-12 lalu, tiadapun yang tertunaikan, kecualilah memaksa SYABAS memberi air percuma 20M3 kepada setiap rumah, bukan setiap rakyat. Kalau dihitung-hitung berapa sen sahaja per rakyat nilai air percuma itu.

Anwar bukan punya lampu ALADDIN, sebab semua janjinya berhubungkait dengan kewangan. Jika lah semua janji Anwar itu dilaksana, kadar pembangunan negara ini akan jammed, kerana sumber kewangan yang sepatutnya untuk menjana eonomi, digunakan sebagai disposable income yang hanya berakibat inflasi.

Anwar menabur janji dalam bentuk kewangan bukan berasas kepada ekonomi, akan tetapi berasas politik. Bercanggah dengan janji BN yang berasas kepada ekonomi dan kemampuan kewangan negara. Obilgasi sosial kerajaan diimbangi dengan perkiraan ekonomi yang mapan, sehingga kadar pertubuhan negara terus berjalan.

Percayalah, jika rakyat termakan janji-janji pembangkang yang tidak berasaskan perkiraan ekonomi, maka perekonomian negara akan lumpuh. Namun, jangan hairan, apabila pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan Persekutuan, janji-janji itu tidak akan dilaksanakan, kerana pada masa itu, mereka akan membuat berbagai helah, bahawa janji-janji itu terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan, demi negara. Jangan hairan, pada masa itu, mereka akan kembali kepada rakyat untuk meminta pengertian, bahawa rakyat perlu berkorban demi negara.

Akhirnya, rakyat melopong lagi, yang dikejar tidak dapat yang digendong berciciran.

Sejak akhir-akhir ini, semakin kerapnya pemimpin Pembangkang ke Sabah dengan berbagai macam janji retorik, sehingga rakyat semakin meluat dan bosan.

Malah, kekerapan pembangkang membuat janji, semakin menebalnya sokongan rakyat kepada BN, kerana  janji BN adalah janji yang ditepati.

No comments:

Blog Archive