SEBELUM siapnya PUTRAJAYA, parti yang tidak suka dengan pusat Pentabiran baru negara itu adalah PAS. Parti itu melalui kempen pilihanrayanya berkata, jika parti itu berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan, Putrajaya akan dijual sambil berkata, bahawa pusat pentadbiran negara tetap berada di Kuala Lumpur.
Namun, keadaan itu kini sudah berubah, Pas pula beria-ia sangat mahu menduduki Putrajaya. Melalui keinginan itu, parti itu sanggup bersengkokol dengan parti yang dianggapnya parti haram DAP dan Anwar yang bermasalah moral untuk menawan Putrajaya.
Pilihanraya Umum ke-13 negara, bagi Pas dan sekutunya DAP dan PKR hanya untuk menawan Putrajaya, agar mereka merasai Pusat Pentadbiran negera yang pernah mereka benci itu.
Bagi PAS, untuk membolehkannya mengetuai Pakatan Rakyat, maka parti itu akan meletakan jumlah calon bagi kawasan Parlimen, sekurang-kurangnya 70, berbanding pada PRU-2008-66 dan hanya menang 23.
Pada PRU-12, PAS menduduki tempat ketiga di belakang PKR dan DAP, di mana PKR mendapat kerusi terbanyak-31, di mana sebahagian besarnya dimenangi oleh calon-calon bukan melayu.
Pada PRU-13 nanti, PAS dan sekutunya akan bertanding disemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi dewan undangan negeri. Untuk menubuhkan kerajaan Pusat, sekurang-kurangnya diperlukan 112 kerusi parlimen.
Pada masa ini, kedudukan jumlah kerusi parlimen BN-136; bebas-8, SAPP-2 dan selebihnya kerusi Pakatan Rakyat termasuk kerusi Parlimen Beaufort dan Tuaran di Sabah; di mana wakil rakyatnya membelot kepada pembangkang.
Kerajaan BN yang dipimpin Perdana Menteri ke-6 negara-DS Najib Tun Razak akan mendapatkan mandat baru daripada rakyat untuk julung kalinya sebagai Perdana Menteri. Beliau dilantik ke jawatan Perdana Menteri pada April-2009 dan akan genap empat tahun pada Mac-2013.
Berdasarkan rekod Perdana Menteri Malaysia, setiap pilihanraya diadakan apabila jawatan Perdana Menteri telah genap empat tahun, untuk itu, besar kemungkinan PRU-13 diadakan selepas Mac-2013.
Pada April atau Mac 2013; akan diketahui siapa yang menduduki Putrajaya; apakah masih BN ataukah PR. Namun berasaskan kepada telahaan; sebahagian besar rakyat negara ini; masih mahu BN menduduki Putrajaya; atas sebab-gabungan 13 parti itu mempunyai pengalaman mengurus negara; berbanding PR yang masih belum teruji.
Sebahagian besar rakyat negara ini, masih tidak sudi mempunyai kerajaan baru, kerana mereka merasainya apabila Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak diperintah oleh pihak kerajaan baru.
Bagi kaum melayu, kejatuhan beberapa negeri pada PRU-12 yang lalu adalah kesilapan besar yang sepatutnya tidak berlaku; namun bagi kaum cina ianya merupakan satu pencapaian besar; kerana walaupun jumlahnya minoriti; akan tetapi mampu menang daripada golongan majoriti.
Dibenak majoriti kaum melayu terutama di Selangor, Perak dan Kedah ketika ini, keadaan tahun 2008, tidak perlu berulang lagi; atas sebab itu; banyak telahaan termasuk telahaan para akademik, bahawa negeri-negeri itu akan kembali ke pangkuan BN pada PRU nanti.
Sementara di Pulau Pinang, komponen BN yang berasaskan kaum cina-Gerakan dan MCA masih belum mampu menawan sentimen kecinaan terhadap DAP. Kaum cina lebih percaya kepada DAP berbanding dua komponen BN itu untuk membawa isu-isu kecinaan.
Sokongan kaum cina kepada DAP lebih bersifat kepada sentimen berbanding usaha pembangunan kerajaan; perkara ini berkeadaan sama di Sabah pada tahun 1985-1994; apabila sentimen perkauman senantiasa memenangkan PBS.
Sementara di Kelantan pula, sentiman masih menebal terhadap MB Datuk Nik Aziz Nik Mat. Selagi MB Kelantan itu masih hidup. adalah sukar bagi BN menang di Kelantan. Pola pengundian di Kelantan bukan berasaskan kepada kemajuan pembangunan. akan tetapi lebih fokus kepada peribadi Nik Aziz.
Yang jelas PRU-13 adalah pilihanraya yang sungguh hebat; kerana pilihanraya itu menentukan siapa pemilik Putrajaya. Anwar Ibrahim akan bermatian-matian dan menghalalkan apa jua cara untuk merampasnya; demikian juga Najib Razak, akan mempertahankannya sebaik mungkin, sesuai dengan tindakannya-Janji Ditepati.
Yang jelas PRU-13 adalah pilihanraya Janji Ditepati melawan janji-janji retorik pembangkang. Apa kah rakyat akan menyokong janji-janji yang berisi atau janji kosong; hanya rakyat yang terpukau sahaja yang tidak mampu memilih mana batu dan mana intan.
Keputusan PRU-13; tidak sama dengan PRU-12; kerana isu-isunya berlainan. Pada PRU-12, kerajaan BN yang diketuai oleh Tun Abdullah Badawi mendapat keritikan yang hebat daripada mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad; namun pada kali ini, mantan PM itu bersama-sama Najib untuk mempertahankan BN.
Malah semalam di Baling Kedah; Tun Mahathir menekankan bahawa hanya Umno yang mampu membela kaum melayu; bukannya parti seriphan Umno. PAS dan PKR adalah parti serpihan Umno.
No comments:
Post a Comment