Latest News

Anwar main kontow di Sabah

Anwar main kontow di Sabah. Tujuannya mahu mengumpul sebanyak mungkin pemimpin katak. Bagi BN, jika ini berlaku maka memudahkan BN mengatur strategi berdepan dengan pilihanraya umum ke-13, kerana terhindar daripada pemimpin gunting dalam lipatan.

Anwar akan melawat Kota Belud dan Kota Marudu pada 12 Ogos ini, sehari selepas kedatangan Perdana Menteri DS Najib Razak pada 11 Ogos.

Anwar mengakui ada seorang pemimpin BN akan mengumumkan menyertai pembangkang pada tarikh itu. Siapa kah pemimpin itu? Tak kan Datuk Abdul Rahman Dahalan MP Kota Belud atau Datuk Maximus Ongkili-Timbalan Presiden PBS.

Mungkin pemimpin yang menyertai pembangkang itu, adalah pemimpin BN yang sudah expired kerana masa mereka sudah berlalu.

Sebelum PRU-13, Anwar terus mengatur kontow di Sabah; untuk mengwujudkan persepsi, bahawa Sabah bukan lagi simpanan tetap BN.

Sebenarnya, semakin ramai pemimpin katak menyertai Anwar, dan usahanya mengwujudkan persepsi bahawa kerajaan BN akan tumbang kerana Sabah bukan lagi penyelamat kepada kerajaan pusat, akan menyebabkan sokongan kuat kepada BN di Semenanjung; kerana perkara ini terbukti pada tahun 1990- apabila kelihatan bahawa BN akan tumbang di Semenanjung, atas sebab itu PBS pimpinan Pairin keluar daripada BN untuk menyertai pembangkang.

Namun, tindakan Pairin itu, menyebabkan sokongan rakyat Semenanjung kepada BN bertambah kuat, kerana wujud persepsi, bahawa kerajaan BN kalah kerana ditentukan oleh parti yang bukan parti majoriti islam.

Kini, jika berlaku pemimpin BN yang bukan islam menyebelahi pembangkang, maka persepsi tahun 1990 akan berulang; dengan itu, jika pada PRU-12, Umno hanya menang 79 kerusi di Semenanjung, maka pada PRU-13 akan datang, jumlah kerusi Umno di Semenanjung akan bertambah antara 15 ke 20; sehingga menjadikan jumlah kerusi parti tunjang BN itu menjadi antara 94-99. Jika jumlah kerusi itu ditambah daripada Sarawak 25 dan Sabah 17, maka jumlah kerusi BN antara 136-141. Ertinya, kebarangkalian, Pembangkang merampas Putrajaya, semakin tipis.
 
Biarkan kontow Anwar di Sabah, kerana kontownya itu mengutungkan BN.

2 Responses to "Anwar main kontow di Sabah"

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

anwar buka kon dan tow sumbang d sabah. Tentu tiada lagi katak melompat. sebab langkah sumbamg macam pepatah bilang, c ketam menyuruh anaknya brjalan lurus, macamana tadbir negara, jika sendiri tidak lurus dan jujur kpd rakyat.

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

jika main kontow sumbang sukar dapat menyumbang kpd kmajuan untk sbah. semntara yg dtuduh jadi katak brfikir sbelum mengatak.

usah sia siakan prjuangan brsama bn untk rakyat.

Blog Archive