Banyak fakta menunjukan bahawa Rafizi Ramli mendapat kerjasama daripada para pegawai yang mengelilingi Najib. Apakah kerjasama itu ada unsur "bisnes" atau memang satu perancangan yang teratur?
Boleh dikatakan apa sahaja tindakan yang dilakukan Najib, dengan cepat sampai ke pihak pembangkang terutama Rafizi dan Anwar.
Tahun lepas, semasa lawatan Najib ke Perth, walaupun PM itu dan isterinya berlepas daripada lapangan terbang singapura, namun secapat kilat, berita mengenainya tersebar di blog2 atau FB pembangkang.
Perjalanan Najib ke luar negara, belumpun disiar media rasmi kerajaan atau blog2 pro kerajaan, sudah terlebih dahulu dihebahkan blog2 pembangkang, terutama lawatan yang ada sifat peribadi terutama yang disertai Datin Rosmah Mansor.
Dokumen2 sulit umpamanya berhubung NFC dan LRT Laluan Ampang, yang dikira sulit, dengan mudah berada di tangan pembangkang.
Sebenarnya banyak lagi, dokumen2 sulit yang sepatutnya masih rahsia, namun terlebih dahulu didedahkan pihak pembangkang, untuk memaksa pihak kerajaan menafikan atau memberi penjelasan.
Melainkan Anwar dan Rafizi punya kuasa ghaib, untuk mengetahui itu semua.. sudah tentunya mustahil kuasa itu ada pada mereka.
Najib dikhuatirkan tersungkur akibat perbuatan orang-orangnya sendiri yang terdiri daripada musang berbulu ayam.
Pihak PDRM akan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat tindakan kebocoran dokumen2 sulit kerajaan. Belum terlambat, percepat penubuhan itu, jika tidak pentadbiran negara akan haru biru.
No comments:
Post a Comment