Latest News

PRU13: Kempen melalui Media bermula

NONE
Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum boleh diadakan awal September, satu kempen pilihan raya, melalui media telah bermula.

Bermula minggu lepas, iklan setengah muka dan iklan penuh warna itu muncul dalam semua akhbar arus perdana, serta pada waktu perdana di semua saluran TV utama.

Kempen, yang dinamakan 'Saya Pilih Malaysia' itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Bagaimanapun, warna tema - biru tua dan putih - ditambah pula dengan kata kunci yang ditonjolkan dalam iklan - keamanan, kemajuan, kestabilan dan perpaduan - dilihat senada dengan BN.

Promosi laman peminat Facebook 'Saya Pilih Malaysia' oleh Media Umno Malaysia - organ rasmi talian parti pemerintah - dilihat sebagai satu lagi petanda kempen itu ada kaitan dengan BN.

Menurut laman peminat, kempen ini telah menerbitkan dua 
bahagian siri iklan dalam kesemua empat bahasa utama dalam akhbar-akhbar utama.

Bahagian kedua muncul dalam akhbar semalam, termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Timesdan The Star.

Menurut iklan itu, mesej yang seterusnya akan diterbitkan di saluran TV, iaitu RTM1, RTM2, TV3, 8TV, TV9, NTV7, Astro RIA, Astro Awani, Astro Vaanavil dan Astro AEC.

1 Response to "PRU13: Kempen melalui Media bermula"

smd said...

Kalau betul ler iklan ini di buat oleh BN,..maka sekali lagi pakar strategi iklan BN tak kenan sasaran. Sama ler macam iklan JANJI DITEPATI (katanya kerja Media Prima). Semua iklan itu (walau pun cuba soft sell) tak ada RUH!! Maknya tak ada yang memberi tunjuk!! Tak ada life!! Cuma main kata-kata!! Mana boleh iklan politik nak ambil approach soft-sell!!...orang akan rasa macam BN nak menyuruk-nyuruk..macam takut-takut!! INi PERSEPSI yang salah!!

Mesej BN yang boleh dijual dan diterima rakyat ialah LABEL atau BRANDING ialah muka NAJIB!! Iklan PRU yang berjaya diseluruh dunia, tak menggunakan imej kabur atau gambar-gambar congested!! Tengok Obama, Ordogan, Blair, Thatcher...etc..etc...Aku pelik orang BN/UMNO niii....pandai buang duit!! Iklan tak ada sasaran!!

Blog Archive