Wednesday, July 11, 2012

Khalid Ibrahim takut betul bincang isu TALAM

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menolak berbincang berhubung jumlah penuh transaksi cabang pelaburan negeri Menteri Besar Incorporated (MBI) dalam isu penstrukturan semula hutang Talam Corporation dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Khalid memberitahu DUN, perkara itu lebih baik dibincangkan oleh pakar supaya semua perkara terperinci boleh diteliti dengan baik.

Katanya, beliau tidak akan menjelaskan di situ kerana ia bukan tempatnya.

Berucap dalam sesi penggulungan belanjawan tambahan negeri, Khalid berkata, kerajaan negeri akan melantik lima firma perakaunan untuk meneliti dan mengeluarkan laporan berhubung transaksi MBI untuk mengelakkan sebarang salah faham.

No comments:

Blog Archive