Tuesday, July 24, 2012

Apakah Sabah masih Fixed Deposit BN?

Apabila keputusan PRU-12 diumumkan, BN Sabah hampir menyapu bersih kerusi-kerusi yang dipertandingkan, baik Parlimen mahupun Dewan undangan negeri.

Sabah mempunyai 25 Kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN. Daripada jumlah kerusi itu, BN menang 24 bagi parlimen dan 59 bagi DUN. (Sarawak menyumbang 30 kerusi Parlimen daripada 31- membuatkan BN secara keseluruhan menang 139-kurang 9 kerusi bagi kuasa 2/3).

Disebabkan kemampuan Sabah memberikan kerusi yang banyak kepada BN, maka kerajaan Pusat masih diperintah oleh BN. Sebagai perbandingan, BN Semenanjung hanya mendapat 85 kerusi berbanding Pembangkang 82 daripada 167 (satu kerusi bagi wilayah persekutuan Labuan) kerusi keseluruhan. 

Berasaskan kepada sokongan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap BN, maka dua negeri di Kepulauan Borneo itu dicanang sebagai "Fixed Desposit BN".

Berasaskan kepada keputusan PRN Sarawak pada April, 2011- keupayaan Sarawak sebagai Fixed deposit mulai diragui. Kini pula, berasaskan perkembangan politik di Sabah, tag "Fixed despoit" bagi Sabah pula mulai diragui?

Biang kerok goncangnya politik Sabah apabila AMT Umno merangkap MP Beaufort dan Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan- Datuk Lajim Haji Ukin, bertindak melakukan tindakan seperti pembangkang, dengan harapan dipecat daripada Umno dan Kerajaan.

Selain itu, tindakan Timbalan Presiden UPKO Datuk Welfred Bumburing yang juga MP Tuaran meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran, bermula semalam. Namun, apakah beliau juga turut meletakan jawatannya daripada parti, akan diketahui pada 29 julai ini, apabila beliau hadir berjumpa Anwar di Beufort, Sabah.

Di perkirakan, pada 29 Julai Lajim dan Welfred akan menentukan parti mana yang mereka sertai.

Menurut perkiraan Lajim dan Welferd, keluarnya mereka daripada BN, akan mengubah lanskap politik Sabah, sepertimana biasa belaku di Sabah sebelum ini.

Namun kali ini, perkiraan mereka itu akan meleset, kerana rakyat sudah jemu dengan tindak tanduk pemimpin yang hanya berpaksi kepada keinginan peribadi, bukannya keinginan rakyat.

Para pemimpin Sabah yang diketuai oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Musa Aman dan Timbalan Pengerusi Umno Negeri- Datuk Salleh Tun Said, akan membuktikan bahawa anggapan mereka itu silap.

Berasaskan spekulasi, Lajim dan Welferd akan dituruti oleh mantan Ketua Menteri Sabah-Datuk Osu Sukan, Mantan Menteri Persekutuan-Tan Sri Kasitah Gadam- Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah-Datuk Amir Kahar Tun Mustapha dan Naib Presiden UPKO-Senator Maijol Mahap.

No comments:

Blog Archive