Friday, June 22, 2012

Kemelut PKR Selangor: Khalid Ibrahim membisu

Hanya Wanita ini Yang Bersuara..sementara Bosnya membisu.

 Kemelut PKR Selangor, sebenarnya pecah menanti belah. Khalid terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi negeri, dan jawatan itu diambilalih timbalannya Azmin Ali.

Khalid terpaksa berkorban, hanya untuk menyelamatkan setiausaha politiknya Faekah Husin yang tidak disenangi Azmin.

Walaupun kemelut agak reda setahun, kini kemelut muncul semula, apabila para penyokong Timbalan Presiden PKR itu mendesak Faekah dipecat. Desakan itu mendapat sokongan daripada Azmin secara terang-terangan.

Kemelut parti Anwar itu kini bertambah parah lagi, apabila secara tiba-tiba CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli letak jawatan.

Rafizi bercanggah pendapat dengan pejabat menteri besar, berhubung isu pendidikan percuma UNISEL dan KUIS.

Melihat kepada kelakuan para pemimpin PKR yang hanya mahu mempertahankan ego dan kehendaknya sendiri, tanpa mengambil jalan menang-menang demi rakyat, adalah satu kelakuan yang sangat bahaya.

Para pemimpin sebenarnya berjuang demi rakyat, bukan kepentingan sendiri atau ego sendiri. 

Rafizi letak jawatan, boleh ditafsirkan sama dengan askar yang lari daripada medan perang. Hukumnya anda tahu sendiri.

Rafizi memberi alasan, bahawa sebab musbabnya meletak jawatan kerana mahu menumpukan pada ibadat pada bulan puasa... jika itu alasan yang sebenarnya, terlalu dangkal sebabnya.
Siapapun boleh meneka dan memberi tafsiran, sebab sebenarnya, adalah seriusnya masalah dalam PKR Selangor, terutama antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, atas sebab itu, Ketua Penerangan PKR Selangor memberi kenyataan secara terbuka, meminta Anwar campur tangan.

Kenyataan terbuka, Ketua Penerangan PKR Selangor, menunjukkan krisis PKR Selangor semakin parah.

No comments:

Blog Archive