Sunday, June 17, 2012

Hanya bermula tahun 2012 wanita Kelantan tahu Aurat: Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wanita di Kelantan belum memahami erti sebenar aurat menyebabkan kerajaan negeri bertindak melarang mereka menyertai Tilawah Al-Quran sejak lebih 20 tahun lepas.

Mursyidul Am PAS itu berkata larangan itu dibuat ketika PAS baru menerajui Kelantan pada 1990, di mana beliau berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam.

"Waktu kita (PAS) pegang Kelantan dulu, tak ada beza lelaki dan perempuan. Rambut terbuka (tidak bertudung), kedai-kedai kerinting rambut banyak di Kota Baharu. Masing-masing nak tunjuk badan. Ini haram dalam Islam, bukan dalam PAS (sahaja). Itu aurat," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasakan Dinar dan Dirham, di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa dasar kerajaan PAS Kelantan yang berubah-ubah berhubung penyertaan wanita dalam Tilawah Al-Quran merugikan wanita Islam di negeri ini sejak lebih 20 tahun.

Tindakan kerajaan Kelantan itu dikritik kerana negeri ini banyak melahirkan juara qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk juara lapan kali peringkat antarabangsa Hajah Faridah Mat Saman.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menarik balik larangan itu dengan membenarkan wanita Kelantan menyertai Tilawah Al-Quran bermula tahun depan.. BERNAMA

1 comment:

Unknown said...

Apa punya hujah Nik Aziz ni.. Tak logik langsung..

NURUL IZZAH BERSELERA JILAT LUDAH SENDIRI, LIM GUAN ENG PUN NAK TUMPANG SEKALI. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Blog Archive