Saturday, May 12, 2012

Niat Pembangkang: Menjahanamkan negara: Najib

Perdana menteri berkata rakyat perlu memelihara kemakmuran yang telah dibawa ke seluruh pelosok tanah air dan tidak sesekali membiarkannya dibinasakan di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
  
"Biar berputih tulang, jangan rakyat dan bangsa putih mata. Kerana kelak kita tidak mahu lihat anak-anak cucu terbangsat hidup mereka. Maka kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman janganlah kita terpalit darah meracun sandiwara lawan dan menempah alam kegagalan.
  
"Ayuhlah! Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redah. Jangan ribut taufan pun mesti kita harungi. Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita harungi. Jangankan gerhana, gelap gelita pun pasti kita terangi. Ayuhlah semua.
  
"Biar berdentum guruh di langit, walau kilat sambar-menyambar. Berpaksikan kepada parti Umno, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup Umno, hidup Barisan! Selamat hari ulang tahun Umno," katanya.

No comments:

Blog Archive