Sunday, April 15, 2012

Tuntutan Mansuh PTPTN ... agar supaya ramai generasi muda jadi dungu

PTPTN bukan semata-mata untuk bayaran yuran, namun ianya juga digunakan untuk sara hidup.

Data menunjukkan bahawa 70-85 peratus pinjaman mahasiswa daripada PTPTN digunakan untuk sara hidup, manakala hanya 15-30 peratus digunakan untuk tujuan pembayaran yuran pengajian.

Sekiranya PTPTN dimansuhkan, maka semakin ramai bakal mahasiswa tidak akan dapat meneruskan pengajian ke peringkat Universiti. Yang ironinya, kebanyakan mereka itu adalah daripada golongan bumiputera, baik daripada Semenanjung, apatah lagi bagi Sarawak dan Sabah.

Pembangkang mengelirukan rakyat dengan slogan Free education. Kalaulah ini berlaku, walaupun, semua IPTA adalah percuma daripada segi bayaran yuran, bagaimanapula dengan sara hidup?

Data menunjukkan " bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 bagi lima tahun pengajian berbanding RM166,000 yuran sebenar. Pelajar hanya perlu bayar 5.4 peratus daripada jumlah yuran sebenar dan baki 94.6 peratus dibayar oleh kerajaan.

"Bagi bidang kejuruteraan di UKM, pelajar hanya perlu bayar RM5,600 untuk tempoh empat tahun pengajian berbanding RM61,200 yuran sebenar. Hanya 9.2 peratus pelajar perlu bayar, manakala baki 90.8 peratur dibayar oleh kerajaan,"

Data ini menunjukkan bahawa pinjaman daripada PTPTN sebenarnya bukan hanya untuk yuran akan tetapi sebahagian besarnya adalah untu sara hidup.

Rupanya Pembangkang mahu hapuskan PTPTN agar ramai pelajar tidak mampu meneruskan menimbah ilmu, agar mereka mudah dicucuk hidung bagi melakukan kerja2 yang tidak berfaedah seperti demonstrasi.

1 comment:

Unknown said...

Kerajaan dah tanggung 95% baki 5% pun nak free jugak? Belajar rajin2, pinjaman PTPTN convert jd biasiswa. Jgn jd malas!! Itulah, asyik berdemo sampai pelajaran terabai!

JOM BUAT PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN DEPAN RUMAH AMBIGA!!! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Blog Archive