Friday, April 06, 2012

Saham Azmin Ali: Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang dipecat serta merta

Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin, tanpa berlengah, langsung memecat Ketua Penerangan cabangnya, kerana menimbulkan pemilikan saham Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.

Rabu lalu, Isa mengugut untuk keluar parti jika Ahli Parlimen Gombak itu gagal menjelaskan kepada ahli parti mengenai dakwaan beliau dan isterinya memiliki saham sewaktu menjadi pegawai kerajaan pada tahun 1992.

Katanya, penjelasan itu perlu bagi mengelakkan kepercayaan ahli dan penyokong PKR tidak terjejas.

Beliau juga mendesak Azmin supaya meninggalkan PKR jika masih enggan membuka mulut mengenai isu tersebut.

Mac lalu, Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Azmin serta isteri termasuk iparnya membeli saham yang nilainya mencecah RM2 juta, sedangkan ketika itu (antara tahun 1990-1994) difahamkan beliau hanya menerima pendapatan kira-kira RM2,000 saja.

Dakwaan itu awalnya ditimbulkan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran, namun menyebut nilainya mencecah RM8.5 juta.

Pada Khamis, Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR dilaporkan berkata Isa telah dipecat daripada jawatan Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang dan tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan media mewakili parti.

No comments:

Blog Archive