Mantan MB Perak Nizar Jamaluddin berkata, bahawa PR Perak mempergunakan dua isu utama (NFC dan cincin Rosmah Mansor) untuk mempengaruhi rakyat negeri itu bagi menolak BN pada PRU-13 akan datang.
Menurut kajian parti pembangkang, dua isu itu sangat berbekas di hati rakyat, atas sebab itu pembangkang mempergunakannya semasa kempen sehingga menjelang PRU-13.
Nizar yakin, bahawa pada PRU-13 akan datang, PR mampu mengambil semula tampuk kerajaan negeri selepas jatuh ke tangan BN pada Februari, 2009, akibat lompat parti oleh tiga ADUN Pakatan Rakyat.
Di DUN Perak sekarang ini, kekuatan BN dan PR adalah sama, masing2 mempunyai 28 kerusi DUN, namun BN membentuk kerajaan kerana sokongan 3 ADUN Bebas.
Sementara itu, pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Presiden Amanah dan MP Gua Musang, dipetik sebagai berkata, BN agak sukar mempertahan kerajaan di Perak. Malah mantan menteri kewangan itu berkata, Hanya tiga negeri di Semenanjung yakni Johor, Melaka dan Pahang akan berjaya dipertahan oleh BN pada PRU-13.
Seikiranya ini berlaku, walaupun BN masih mempertahankan Putrajaya, namun dengan jumlah kerusi yang lebih sedikit berbanding kerusi yang dimenangi pada PRU-12.
Kunci kemenangan tipis BN disebabkan rakyat Sabah dan Sarawak masih setia kepada gabungan 13 parti itu.
Pada PRU-12, BN hanya menang 139 +1 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, manakala PR 82. Pada PRU itu juga, BN kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat.
Ramai penganalisis berkata, bahawa pada PRU-13 belum akan ada pertukaran di Putrajaya, namun BN yang membentuk kerajaan pusat, hanya berasaskan kepada kuasa majoriti mudah.
Untuk membentuk kerajaan Pusat, hanya diperlukan 112 kerusi dewan rakyat. Bn tidak mempunyai kesukaran mendapatkan jumlah ini.
Perkiraan ini hanya persepsi semasa, tiada yang dapat meramal kecenderungan rakyat semasa pilihanraya. Benarlah kata MP Johor Baharu- Datuk Shahrir Samad, hanya berserah kepada ketentuan Allah, parti mana yang akan memerintah negara pada selepas PRU-13.

No comments:
Post a Comment