Sunday, April 15, 2012

Isu PTPTN: Apa susahnya-Jika anak2 pembangkang tak nak.. jangan minta.. tiada yang paksa

Kenapa Anwar mempermaslahkan PTPTN? sedangkan beliau sendiri yang meluluskan program itu pada 1 Julai, 1997, semasa memangku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan?.

Anwar suka sangat buat kecoh. Kalau pihak pembangkang merasakan bahawa anak-anak mereka tidak memerlukan PTPTN, jangan minta.. apa susahnya.

Ini tidak, apabila anak2 pembangkang yang mendapat PTPTN, gagal dalam pengajian, maka susahlah nak pulangkan balik pinjaman, kerana tidak mendapat pekerjaan yang sesuai yang membolehkan mereka memulangkan balik wang PTPTN, maka kecohlah mereka. Ini namanya MENIPU...

Semua orang tahu bahawa PTPTN-80 peratus adalah untuk sara hidup pelajar, hanya 20 peratus yang digunakan untuk yuran pengajian.

Kalaupun pengajian percuma diadakan dalam negara, pasti sangat ramai pelajar yang tidak mampu meneruskan pengajian, kerana terbentur dengan sara hidup. Lainlah halnya dengan mereka yang berduit, yang menjadi mangsa pemansuhan PTPTN adalah kaum bumiputera.

Dulu tujuan Anwar meluluskan PTPTN adalah untuk memberi peluang kepada kaum bumiputera meneruskan pengajian... kenapa pula pusing U?

Sebabnya, mereka yang mendapat ilmu kerana PTPTN, merasa bersyukur, dan tidak terpengaruh kepada dakyah pembangkang.. sebab itulah Anwar marah... inilah tujuan tersirat Anwar memansuhkan PTPTN.

Percayalah, hanya mereka yang gagal pengajian yang bersetuju dengan PTPTN dimansuhkan, manakala keluarga yang mempunyai anak yang belum berkesempatan ke perguruan tinggi pasti bersetuju dengan program PTPTN. Lagipun majoriti mereka ini adalah para pengundi.

Mahasiswa yang kononnya berjuang memansuhkan PTPTN, belum tentu terdaftar sebagai pengundi, kalau ya pun, jumlah mereka hanya minoriti.

No comments:

Blog Archive