Sunday, April 15, 2012

Hiburan Minggu: Natasha Liyana Hudson kahwin kali ke-3

Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liyana Hudson, 30, sah bergelar isteri kepada penyanyi hip hop, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah keluarga serta saudara mara kedua-dua belah pihak dan pihak media.

Natasha menerima lima dulang hantaran seperti sirih junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin.

Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat Natasha dan yang pertama buat Carleed.

No comments:

Blog Archive